MELAKA: Perikatan Nasional (PN) semalam mengambil langkah berani dengan mengumumkan Datuk Mas Ermieyati Samsudin sebagai calon Ketua Menteri sekiranya parti itu memperoleh mandat pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka Sabtu ini.
Pengumuman yang dibuat Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin itu sekali gus menghapuskan spekulasi yang bertiup sebelum ini dan bakal mencipta sejarah Melaka malah negara apabila julung kalinya menyaksikan Ahli Parlimen Masjid Tanah itu menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan itu.
Sebelum ini, selain Mas Ermieyati, Naib Presiden Bersatu yang juga Pengerusi PN Melaka Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen antara yang disebut-sebut dipilih untuk jawatan berkenaan.
Persoalan yang timbul adalah sama ada dengan pengumuman berkenaan akan mengubah pola pengundian di Melaka pada saat akhir berkempen yang berbaki sehari lagi khususnya di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Bidara.
Mengulas persoalan berkenaan, Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Raub, Pahang Che Hamdan Che Mohd Razali berkata perubahan pola pengundian lebih bergantung kepada kaedah penyampaian jentera parti pada saat akhir.
"Disebabkan terlalu banyak propaganda daripada parti yang bertanding, begitu juga dalam isu Ketua Menteri ini, kaedah penyampaian mungkin masih dapat mempengaruhi pola pengundian namun ia sangat terhad.
"Dari segi peluang Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH), bagi saya ia tidak memberikan kesan kerana setakat hari ini, kedua-dua pakatan ini kelihatan lebih menonjol daripada PN.
"Mungkin tahap keyakinan mereka adalah berdasarkan pilihan raya yang lalu. Namun, tidak mengejutkan sekiranya kesungguhan PN dalam meletakkan YB Mas Ermieyati ini dapat mengurangkan undi BN," katanya kepada Bernama semalam.
BACA: PRN Melaka: Mas Ermieyati harap idea calon ketua menteri wanita dapat direalisasi
BACA: PRN Melaka: PN negeri sokong Mas Ermieyati calon ketua menteri - Dr Mohd Yadzil
Penganalisis politik Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Mohd Azizuddin Mohd Sani berkata pengumuman berkenaan merupakan strategi bagi menarik sokongan wanita dan juga golongan belia di negeri ini, selain mengelakkan polemik terhadap calon ketua menteri sekiranya diumumkan lebih awal.
Beliau tidak menolak pengumuman itu juga adalah satu pengiktirafan buat kaum wanita selain menjadi cabaran buat Ketua Bersatu Bahagian Masjid Tanah itu untuk memberi kemenangan buat PN dalam PRN.
"Kita dah nampak siapa rakyat Melaka nak ikut sama ada Adly Zahari (calon Ketua Menteri PH), Mas Ermieyati atau (Datuk Seri) Sulaiman Md Ali (calon Ketua Menteri BN). Saya rasa bergantung kepada perspektif kepada rakyat boleh tak Melaka dipimpin oleh wanita. Ia satu risiko tapi juga peluang kepada wanita," katanya.
Mohd Azizuddin berpendapat tiada halangan untuk wanita dilantik ke jawatan utama negeri.
"Cuma kita tak pernah ada sejarah wanita jadi ketua menteri atau menteri besar. Kalau ia berlaku, ini kali pertama maksudnya sejarah tercipta dengan terpilihnya seorang wanita sebagai ketua menteri tetapi realiti itu kalau PN menang," katanya.
Sebelum ini, jawatan Ketua Menteri Melaka telah disandang oleh 12 pemimpin dengan individu pertama adalah Tan Sri Osman Talib, diikuti Tun Abdul Ghafar Baba, Datuk Talib Karim, Datuk Setia Abdul Ghani Ali, Datuk Seri Adib Adam dan Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik.
Datuk Seri Mohd Zin Abdul Ghani, Datuk Seri Abu Zahar Ithnin, Tun Mohd Ali Mohd Rustam, Datuk Seri Idris Haron, Adly dan terakhir ialah Sulaiman.
Mohd Azizuddin turut berpandangan bahawa pencalonan Mas Ermieyati juga akan menjadi 'booster' kepada peningkatan undi kepada calon PN yang lain.
PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap ketua menteri. PN yang dianggotai Bersatu bertanding di 15 kerusi, lapan PAS dan lima Gerakan.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Nov 18 2021

Prof Mohd Azizuddin berkata, pengumuman Mas Ermieyati (gambar) sebagai calon Ketua Menteri itu merupakan strategi bagi menarik sokongan wanita dan juga golongan belia di Melaka. - Gambar fail BERNAMA

59 negara sertai Sidang Kemuncak Ekonomi Antarabangsa Rusia-Dunia Islam
Sidang kemuncak tiga hari itu bermula pada Khamis di Bandar Kazan, menyaksikan penyertaan 44 negara Islam, daripada 59 keseluruhannya.

Sembilan menteri baharu angkat sumpah di Sri Lanka
Presiden Sri Lanka Gotabaya Rajapaksa awal bulan ini melantik ahli politik veteran Ranil Wickremesinghe sebagai Perdana Menteri.

Pembukaan semula 9 pusat pemeriksaan sempadan Thai-Malaysia dorong pemulihan ekonomi
Pembukaan sepenuhnya sembilan pusat pemeriksaan Thai-Malaysia darat dan laut sejak awal bulan ini akan membantu merangsang pemulihan ekonomi kedua-dua negara selepas pandemik COVID-19.

Penubuhan JMB | Penduduk lega, gembira JMB akhirnya ditubuhkan
Bagi wakil penduduk, Ahmad Firdaus Arben, dia lega kerana perjuangan penduduk selama hampir dua tahun membuahkan hasil.

Sukan SEA Hanoi | Kontinjen negara capai sasaran 36 emas
Kontinjen Malaysia berjaya mencapai sasaran 36 pingat emas di Sukan SEA Ke-31 berbaki tiga hari sebelum temasya sukan dwitahunan itu melabuhkan tirainya pada Isnin. Emas yang ditunggu-tunggu itu disumbangkan skuad karate kebangsaan menerusi acara kumite berpasukan lelaki selepas mengatasi Indonesia 3-0 di final yang berlangsung di pusat pertandingan sukan.

Kes Ahmad Zahid | Catatan "KJ", "bomoh" direkod dalam buku UKSB
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur diberitahu bahawa catatan "KJ", dan bomoh antara perkataan yang tertera di dalam buku "faraid" Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB) yang dikemukakan dalam perbicaraan kes rasuah bekas Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

COVID-19 di Shanghai | Rakyat kembali penuhi kedai, jalanan seperti biasa
Lebih ramai penduduk Shanghai dilihat berada di luar dan memenuhi jalanan di bandar itu pada Jumaat ketika lebih banyak kelonggaran diberikan secara beransur-ansur. Di beberapa kawasan, orang ramai dilihat sudah mula dapat mengunjungi ke kedai dan menjalankan aktiviti petang seperti berjoging dan menunggang basikal.

Kebakaran di Manila | Penduduk selamatkan serpihan barangan yang tinggal
Ratusan penduduk di Manila cuba menyelamatkan serpihan rumah mereka yang musnah akibiat kebakaran dahsyat yang berlaku pada Khamis. Demi meneruskan kehidupan, para penduduk yang terkesan dilihat membawa kepingan logam dan besi untuk dijual pada harga 10 peso atau bersamaan 84 sen.

Pelan Pemulihan | Menteri Kesihatan Komanwel capai konsensus
Menteri Kesihatan dari negara-negara Komanwel sepakat untuk bekerjasama dalam beberapa isu utama berkaitan usaha pemulihan pasca COVID-19, termasuk dalam ekuiti vaksin, membina sistem kesihatan yang berdaya tahan dan memperkukuh keselamatan kesihatan dengan memanfaatkan teknologi digital. Komitmen itu dibuat selepas mesyuarat tahunan peringkat tinggi maya selama dua hari yang berakhir pada Khamis.

Konflik Negara Luar | Malaysia perlu ambil iktibar - PM
Konflik Rusia-Ukraine serta kekejaman tentera rejim Israel di Palestin perlu dijadikan sebagai iktibar. Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, krisis itu boleh menjejaskan keamanan di rantau terbabit dan ekonomi dunia jika tidak diselesaikan dengan segera.

Sembilan rang undang-undang dibawa ke sidang Dewan Rakyat akan datang
Bacaan kali kedua dan ketiga bagi sembilan rang undang-undang dalam senarai Aturan Urusan Mesyuarat Dewan Rakyat hari ini ditangguhkan dan akan dibawa ke persidangan akan datang.

Melaka negeri pertama laksana program jelajah aspek perundangan - Mas Ermieyati
Pelancaran siri jelajah itu dijangka dirasmikan pada hujung bulan ini sebelum diperluaskan ke negeri lain.

"Ada yang bertahun tak jumpa anak selepas bercerai" - Mas Ermieyati sayu dengar nasib golongan bapa
Kisah pilut itu dikongsi oleh Persatuan Bapa Malaysia ketika bertemu Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen) pada Selasa.

Dewan Negara lulus usul ungkai Ordinan Darurat
Persidangan Dewan Negara hari ini sebulat suara meluluskan usul bagi mengungkai tujuh ordinan darurat.

Tuduhan Pendakwa Raya tidak benarkan pendakwaan tidak berasas - JPM
Ini kerana, sesuatu pendakwaan yang dikenakan terhadap suspek di mahkamah adalah bergantung kepada hasil siasatan sesuatu kes.

TIDAK RASMI: Mas Ermieyati tewas, Sulaiman dan Adly mendahului
Rauf mendapat 3,558 undi manakala Mas Ermieyati memperolehi 3,195 sementara calon Pakatan Harapan (PH) Zainal Hassan 489 undi.

PRN Melaka: "Saya sokong Mas Ermieyati sebagai calon Ketua Menteri" - Mohd Rafiq
Mohd Rafiq Naizamohideen minta semua ahli dalam gabungan Perikatan Nasional beri sokongan penuh kepada Mas Ermieyati.

PRN Melaka: Umum Mas Ermieyati sebagai calon Ketua Menteri langkah berani PN
Ia bakal mencipta sejarah apabila julung kalinya menyaksikan Ahli Parlimen Masjid Tanah itu menjadi wanita pertama dilantik ke jawatan itu.

PRN Melaka: Mas Ermieyati harap idea calon ketua menteri wanita dapat direalisasi
Beliau merayu sokongan rakyat Melaka terutamanya pengundi wanita untuk memberikan sokongan kepada PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.

PRN Melaka: "Belum tentu Mas Ermieyati boleh jadi Ketua Menteri... kalahkan PH dan BN dulu" - Mat Sabu
Tugas besar yang menanti PN ialah tumpaskan dua parti iaitu Barisan Nasional dan Pakatan Harapan terlebih dahulu, kata Mohamad Sabu.