awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bursa Malaysia ditutup pada paras tertinggi dalam tempoh hampir 16 bulan
Ringgit terus mengukuh cecah paras 4.04, tertinggi hampir lima tahun
PH nyatakan sokongan kerajaan negeri Perlis sedia ada kekal hingga tamat penggal
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Penerbangan dron tanpa kelulusan dilarang - CAAM

Bernama
Bernama
26/07/2023
03:20 MYT
PRN: Penerbangan dron tanpa kelulusan dilarang - CAAM
Sebarang aktiviti penerbangan yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Akta Penerbangan Awam 1969, Peraturan Penerbangan Awam Malaysia dan Civil Aviation Directives. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) mengingatkan orang ramai agar tidak menerbangkan dron tanpa kelulusan di kawasan tumpuan ramai sepanjang Pilihan Raya Negeri (PRN) di Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan.
CAAM dalam perkongsian di Facebook rasminya memaklumkan larangan tersebut bagi memastikan kelancaran pilihan raya itu selain mengelakkan kejadian tidak diingini terutamanya membabitkan aspek keselamatan dan sekuriti orang ramai khususnya pengundi.
"Larangan ini termasuk pada tiga tarikh penting yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya iaitu hari penamaan calon pada 29 Julai, pengundian awal pada 8 Ogos dan hari pengundian pada 12 Ogos, serta sepanjang 14 hari tempoh berkempen selepas hari penamaan calon," menurut CAAM.
Agensi itu turut mengingatkan bahawa sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan Penerbangan Awam Malaysia dan Civil Aviation Directives (CADs).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#dron
#CAAM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan