awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pejalan kaki maut dirempuh, diseret Myvi
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Ketepi politik, Hari Malaysia disambut meriah penduduk Kampung Sim-Sim

Qaisara Umaiyah
Qaisara Umaiyah
16/09/2020
08:31 MYT
PRN Sabah: Ketepi politik, Hari Malaysia disambut meriah penduduk Kampung Sim-Sim
Sambutan Hari Malaysia di Kampung Sim-Sim, meriah dengan Pertandingan Menghias Pondok Jambatan Kampung Sim-Sim. -Astro AWANI
Walaupun berbeza ideologi politik lebih-lebih lagi dalam kehangatan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, penduduk Kampung Sim-Sim di sini, meraikan Hari Malaysia dalam suasana meriah dan bersatu-padu.
Lebih manis, mereka turut bekerjasama dalam Pertandingan Menghias Pondok Jambatan Kampung Sim-Sim yang dianjurkan khas sempena sambutan hari bersejarah itu.
Seorang penduduk kampung dari Jambatan 16, Rafidah Nuar, berkata mereka bertanding mengikut jambatan yang terdapat di kampung itu dalam acara yang memasuki tahun ketiga diadakan.
Katanya mereka dibenarkan menghias pondok berkenaan mengikut pelbagai tema dengan syarat menggunakan bahan terpakai seperti botol dan kotak.
"Kami menghasilkan replika Tugu Negara daripada botol terpakai. Ia antara lain mengingatkan kami semua mengenai pengorbanan dilakukan pejuang terdahulu untuk membolehkan kita hidup aman dan merdeka seperti sekarang.
"Di sebelah replika Tugu Negara itu adalah logo Malaysia Prihatin yang menjadi tema sambutan Hari Kebangsaan tahun ini yang diperbuat daripada kotak telur.
"Walaupun kami mempunyai fahaman politik yang berbeza, namun kami tidak memikirkannya, sebaliknya semua penduduk bekerjasama untuk menghias jambatan ini," katanya ketika ditemui di sini, pada Rabu.
Dia berkata, suasana sambutan Hari Malaysia di kampung itu meriah di sebalik 'perang PRN Sabah' disebabkan perpaduan yang terbentuk sejak sekian lama tanpa mengira latar belakang kaum atau agama.
Sementara itu, Warden Jambatan Lorong C yang juga juara bertahan sebanyak dua kali pertandingan berkenaan sebelum ini, Abdul Aziz Abdul Ghani, berkata tema mereka tahun ini dikaitkan dengan COVID-19.
"Kami sudah menghias pondok ini sejak sambutan Hari Kemerdekaan pada 31 Ogos. Kemudian kami teruskan dengan hiasan lain untuk mencantikkan pondok jambatan ini.
"Kami turut melakukan persembahan alat muzik tadisional sempena sambutan Hari Malaysia kali ini," katanya.
Katanya, penduduk kampung itu berharap perpaduan rakyat di Sabah berkekalan walaupun masing-masing menyokong parti politik berbeza.
Topic Berkaitan
#cerita rakyat sabah
#Hari Malaysia
#ideologi politik
#kampung sim-sim
#ketepi perbezaan
#menghias jambatan
#perpaduan
#Sandakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan