awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penumpang cedera penerbangan Etihad Airways dilanda gelora udara serius
'Peranan saya dalam SRC terhad kepada beri kelulusan dan kuasa veto' - Najib
Perancis catat lebih banyak kematian berbanding kelahiran pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: "Tanda X ja bang, bukan disuruh lukis" - Gaya unik 'pengundi' curi perhatian netizen

Astro Awani
Astro Awani
30/11/2025
06:15 MYT
PRN Sabah: "Tanda X ja bang, bukan disuruh lukis" - Gaya unik 'pengundi' curi perhatian netizen
Dengan badan tertonggeng dan kaki bersilang, 'pengundi' berkenaan kelihatan mengambil masa agak lama seolah-olah memikirkan keputusan yang paling tepat. - Gambar/ FB Riri Bundle
KUALA LUMPUR: Ragam pengundi sentiasa menjadi warna-warni setiap kali pilihan raya berlangsung, dan kali ini satu rakaman video pendek tular di media sosial dan mencuri perhatian netizen dalam kehangatan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.
Rakaman yang dimuat naik di akaun Facebook Riri Bundle memaparkan seorang lelaki dalam posisi unik dipercayai ketika menanda kertas undi di sebuah pusat mengundi.
Dengan badan tertonggeng dan kaki bersilang, 'pengundi' berkenaan kelihatan mengambil masa agak lama seolah-olah memikirkan keputusan yang paling tepat.
Lebih mencuit hati, video itu yang dikongsi semula di Instagram Sabah Info dengan kapsyen yang berbunyi: "Tanda X ja bang, bukan suruh lukis", mengundang gelak tawa netizen yang membanjiri ruangan komen dengan pelbagai reaksi lucu.
Semakan lanjut mendapati aksi itu dipercayai bukan berlaku ketika hari pengundian PRN Sabah ke-17 pada Sabtu berikutan ia dikongsi oleh Riri Bundle pada Jumaat, dengan kapsyen asal: "Exam paling susah dalam sejarah untuk rakyat Sabah besok" - merujuk kepada bilangan calon yang ramai kali ini.
Dapatkan berita terkini dan info interaktif PRN Sabah 2025 di sini
Topic Berkaitan
#PRN Sabah 2025
#aksi lucu pengundi
#video tular
#Keputusan PRN Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan