SHAH ALAM: Pembatalan darurat di Sarawak menyebabkan seramai 666,000 anak muda tidak sempat untuk menjadi pengundi kali pertama di negeri tersebut.
Menurut kenyataan media Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0), ini kerana pelaksanaan Undi 18 dan pendaftaran secara automatik dijadualkan berlangsung pada hujung tahun ini.
“Bersih 2.0 kecewa dengan pembatalan proklamasi darurat Sarawak semalam (Rabu) yang membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak dalam tempoh 60 hari memandangkan penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) telah tamat pada 7 Jun 2021.
“Walaupun tempoh darurat Sarawak sehingga 2 Februari 2022, adalah munasabah untuk mengandaikan bahawa pembatalan darurat oleh Yang di-Pertuan Agong selepas perundingan bersama Yang di-Pertua Negeri Sarawak untuk mencetuskan pilihan raya adalah satu perkiraan politik bagi menafikan pengundi muda,” kata kenyataan itu semalam.
Pada Rabu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menamatkan proklamasi darurat bagi Sarawak yang berkuat kuasa sejak 2 Ogos lepas.
Pemangku Datuk Pengelola Bijaya Diraja Istana Negara, Datuk Azuan Effendy Zairakithnaini berkata, perkenan Seri Paduka Baginda terhadap penamatan proklamasi darurat itu selaras dengan Perkara 40 dan 40(1A) Perlembagaan Persekutuan.
Sementara itu, Bersih 2.0 berkata, tindakan yang cuba mendapatkan kelebihan politik oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan kerajaan Persekutuan boleh memakan diri.
Katanya, ia apabila mereka terpaksa berhadapan dengan pengundi muda yang sama dalam masa kurang dua tahun semasa Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) untuk kerusi Persekutuan.
Dalam pada itu, Bersih 2.0 menggesa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) supaya membenarkan pengundi Sarawak di Semenanjung untuk mengundi tanpa perlu 'terbang' ke kawasan masing-masing.
“Ini hanya dapat dilaksanakan dengan mengkategorikan sebagai pengundi tidak hadir dan membenarkan undi awal di pusat pengundian berpusat, sekurang-kurangnya satu di setiap negeri di semenanjung.
“Kami juga menggesa Menteri Kesihatan untuk bekerjasama dengan SPR bagi membantu pengundian dan kempen secara selamat, berbanding mengambil langkah zalim melarang semua aktiviti pilihan raya secara fizikal sebagaimana yang berlaku di Melaka,” ujarnya.
Tambah kenyataan itu, SPR perlu secara proaktif memberikan jalan alternatif yang selamat untuk kempen pilihan raya kepada semua calon dan parti politik seperti mendapatkan semua media kerajaan supaya menyediakan masa siaran yang sama rata kepada semua calon dan parti politik.
“Ia untuk mengiklankan kempen politik di radio dan televisyen, menganjurkan debat calon Menteri Besar atau Ketua Menteri dan memastikan liputan berita yang sama rata kepada semua calon dan parti politik.
“Hal ini sangat mustahak terutama di kawasan pedalaman Sarawak di mana radio dan televisyen adalah sumber utama maklumat kepada rakyat,” katanya.
Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/170602/BERITA/Politik/PRN-Sarawak-666000-anak-muda-tidak-dapat-mengundi
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
Sinar Harian
Thu Nov 04 2021
Bersih 2.0 mendakwa, tindakan yang cuba mendapatkan kelebihan politik oleh Gabungan Parti Sarawak dan kerajaan Persekutuan boleh memakan diri.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
[KRONOLOGI] Konflik Syria
Berikut adalah info berkenaan dengan kronologi Konflik di Syria.
Kerangka kerja pengurusan aset bersepadu diumumkan tidak lama lagi - Abang Johari
Abang Johari berkata ekonomi Sarawak perlu distruktur semula dengan memberi tumpuan kepada pengurusan aset secara berhemat dan profesional.
Abang Johari dipuji sebagai pempengaruh ekonomi baharu, kata tokoh korporat Itali
Abang Johari memainkan peranan mengagumkan dalam memajukan pengeluaran hidrogen, sektor yang disifatkannya sebagai kunci kepada masa depan mampan.
Tegkang, filem terbitan Sarawak di pawagam mulai hari ini
Hampir semua penggambaran filem ini dibuat di tanah tinggi Bario, dengan anak tempatan Josh Nawan sebagai pengarah serta penulis skrip.
Sarawak bakal ambil alih MASwings bulan depan
Sarawak dijangka memuktamadkan perjanjian jual beli untuk MASwings, anak syarikat penerbangan serantau Malaysia Aviation Group (MAG) bulan depan, kata Premier Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Sarawak sedia bincang jika SJK, sekolah swasta mahu duduki peperiksaan penilaian standard
Kerajaan Sarawak sedia berbincang jika ada sekolah bukan di bawah Program Dwibahasa (DLP) mahu menduduki peperiksaan penilaian standard.
Lapangan terbang di Sarawak daftar hampir lapan juta penumpang pada suku ketiga 2024
Lapangan terbang serta lapangan terbang berlepas dan mendarat jarak pendek (STOLports) di Sarawak mencatatkan 95,441 pergerakan pesawat yang membawa 7.56 juta penumpang setakat suku ketiga tahun ini.
Penglibatan sebagai penganjur Sukan SEA 2027 mampu naikkan imej Sarawak
Belanja besar itu berbaloi kerana Kerajaan Persekutuan yakin dengan kemampuan Sarawak selepas kejayaan menganjurkan SUKMA dan Para SUKMA.
Pusat Kecerdasan Buatan Sarawak ditubuhkan tahun depan - Abang Johari
Kerajaan Sarawak akan menubuhkan Pusat Kecerdasan Buatan Negeri (SAIC) pada tahun depan.
Tambahan kerusi Parlimen Sabah, Sarawak dilaksana selepas PRU16 - Fadillah
Pelaksanaan bagi pertambahan kerusi Parlimen di Sabah dan Sarawak hanya dimuktamadkan selepas Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) diadakan, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof.
LPA di bawah MoT selepas Pelabuhan Bintulu diserah kepada Sarawak
Lembaga Pelabuhan Labuan (LPA), yang kini diselia oleh Lembaga Pelabuhan Bintulu (LPB) tidak lama lagi akan beroperasi secara langsung di bawah Kementerian Pengangkutan (MoT).