awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
15 maut, lebih 80 cedera dalam letupan di masjid Islamabad ketika solat Jumaat
Op PeWA: Rohingya, Indonesia antara warga asing paling ramai dikenakan tindakan JPJ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Sarawak sedia bincang jika SJK, sekolah swasta mahu duduki peperiksaan penilaian standard

Bernama
Bernama
23/11/2024
20:00 MYT
Sarawak sedia bincang jika SJK, sekolah swasta mahu duduki peperiksaan penilaian standard
Kerajaan Sarawak sedia berbincang jika ada sekolah bukan di bawah Program Dwibahasa (DLP) mahu menduduki peperiksaan penilaian standard, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Annuar Rapaee.
SIBU: Kerajaan Sarawak sedia berbincang jika ada sekolah bukan di bawah Program Dwibahasa (DLP) mahu menduduki peperiksaan penilaian standard, kata Timbalan Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat Sarawak, Datuk Annuar Rapaee.
Beliau berkata, terdapat sekolah jenis kebangsaan dan sekolah swasta yang mahu menduduki peperiksaan itu, yang ketika ini hanya dilaksanakan untuk sekolah kebangsaan di Sarawak.
"Misalnya Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) bukan di bawah DLP, tetapi mungkin mereka mahu menduduki peperiksaan berkenaan. Ada juga sekolah swasta bertanya adakah mereka boleh menduduki peperiksaan berkenaan, itu kita boleh bincang," katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Outreach MLNG Bestari di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Oya, di sini, pada Sabtu.
Turut hadir Naib Presiden Kanan Perniagaan Gas dan Maritim, Abang Yusuf Abang Pute; Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Syarikat Malaysia LNG (MLNG), Mohamed Syazwan Abdullah @ Laga Jenggi dan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Oya, Zulkarnain Farihin Abdullah.
Annuar berkata, semua pelajar DLP Sarawak akan menduduki peperiksaan penilaian standard, iaitu murid Tahun 6 mulai 2025 dan Tingkatan 3 bermula 2028.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nangka berkata, pencapaian para pelajar di Sarawak dapat dilihat dengan adanya ujian berkenaan. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#Sarawak
#Program Dwibahasa
#SJK
#peperiksaan penilaian standard
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan