awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
Krisis kemanusiaan di Gaza kekal meruncing di tengah-tengah kebuluran, kemusnahan - UNRWA

PRN Sarawak ambil kira maklum balas keberkesanan SOP PRN Melaka

Bernama
Bernama
22/11/2021
20:42 MYT
PRN Sarawak ambil kira maklum balas keberkesanan SOP PRN Melaka
Wan Junaidi berkata SPR dan akan mempunyai kesalinghubungan digital dalam memotong nama pengundi yang meninggal dunia secara automatik. - Gambar fail/Astro AWANI
KUALA LUMPUR: Prosedur operasi standard (SOP) Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak akan turut mengambil kira maklum balas keberkesanan SOP di PRN Melaka, Sabtu lepas.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-undang) Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sedang merangka SOP pencegahan COVID-19 bagi PRN Sarawak dengan Kementerian Kesihatan (KKM), Polis Diraja Malaysia, Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak.
Beliau berkata SOP itu akan diumumkan apabila ia dimuktamadkan kelak.
"Ura-ura untuk mengadakan pilihan raya di Sarawak telah lama diadakan, oleh kerana berlakunya darurat, maka ia (PRN) tidak boleh dilaksanakan... persediaan di negeri Sarawak jauh lebih teratur daripada yang kita lihat berkemungkinan berlaku di Melaka," katanya.
Beliau berkata demkian ketika menggulung perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan 2022 (Bajet 2022) peringkat jawatankuasa bagi Jabatan Perdana Menteri di Dewan Rakyat pada Isnin.
Sementara itu, Wan Junaidi berkata SPR dan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), akan mempunyai kesalinghubungan digital dalam memotong nama pengundi yang meninggal dunia secara automatik.
"Dari sudut undang-undang, SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan nama individu yang telah disenarai dalam daftar pemilih, itulah kenapa apabila berlaku kematian, kalau ia tidak dilapor kepada JPN, tidak ada perhubungan kepada SPR," katanya.
Dalam pada itu katanya pihak SPR turut mengambil maklum berhubung cadangan melaksanakan kertas undi berwarna, bagi memudahkan pengundi membuat pilihan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SOP PRN Sarawak
#Wan Junaidi Tuanku Jaafar
#kesalinghubungan digital
#kertas undi berwarna
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.