awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Rapid KL lanjut operasi rel, bas terpilih sempena ambang tahun baharu 2026
Lelaki Palestin cedera dilanggar penjarah Israel ketika solat di tepi jalan Ramallah
Letupan di masjid Homs ragut tiga nyawa, lima cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Biro Wanita RH Ijok Spak mohon pemadam api

Astro Awani
Astro Awani
14/11/2021
01:59 MYT
PRN Sarawak: Biro Wanita RH Ijok Spak mohon pemadam api
Constance Anak Jamba memohon agar pemadam api disalurkan ke rumah panjang mereka yang mempunyai 13 pintu. - Astro AWANI
BETONG: Isu kebakaran dan aspek keselamatan di rumah panjang perlu diberi perhatian semua pihak.
Masalah itu mendatangkan pelbagai kesan kepada penduduk bukan sahaja mereka ditimpa musibah tetapi juga kerugian kehilangan harta benda.
Sehubungan itu, Ketua Biro Wanita Rumah Panjang Ijok Spak, Betong, Constance Anak Jamba memohon agar pemadam api disalurkan ke rumah panjang mereka yang mempunyai 13 pintu.
"Memang sangat kami perlukan untuk elak kebakaran merebak. Setakat ini rumah panjang kami tiada alat pemadam api dan ini kadang kala merisaukan kami.
"Untuk Rumah Panjang Ijok Spak ini saya mewakili mereka memohon bantuan alat pemadam api tidak banyak... dalam lima atau enam buah memandangkan rumah panjang kami hanya ada 13 pintu," katanya ketika ditemui Astro AWANI baru-baru ini.
Tambah Constance, teknik pengendalian alat pemadam api itu akan diajar kepada penghuni di rumah panjang mereka sebagai persediaan awal.
"Kami yang dewasa ini kadang kala pergi ke kebun atau sungai. Hanya remaja, suri rumah dan orang tua yang tinggal di rumah.
"Jika kami keluar bekerja kita tidak risau apabila ada alat pemadam api selain mereka yang tinggal di rumah boleh mengendalikannya," katanya.
Selain itu, Constance berkata, Biro Wanita Rumah Panjang Ijok Spak memohon sebuah ruang penyimpanan perkakas dapur untuk menyimpan barangan selepas kenduri atau keraian.
Topic Berkaitan
#alat pemadam api
#Rumah Panjang Ijok Spak
#pencegahan kebakaran
#keselamatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan