KUCHING: Hari penamaan calon semakin hampir, namun DAP Sarawak masih belum memuktamadkan senarai penuh calon yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak.
Setakat ini, pengerusinya Chong Chieng Jen hanya mengumumkan 18 calon awal, manakala baki lapan lagi masih menjadi tanda tanya.
Ia termasuk kerusi Kota Sentosa yang diwakilinya sejak tiga penggal lalu.
Malah beliau juga tidak menolak kemungkinan akan ‘berhijrah’ ke Batu Kawah bagi menentang seteru tradisi, SUPP, Datuk Seri Dr Sim Kui Hian.
Menariknya, blok pembangkang Pakatan Harapan (PH) Sarawak dan Parti Sarawak Bersatu (PSB) ketika ini belum mencapai kata sepakat untuk bekerjasama menentang Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Bagaimanapun, kata Chieng Jen, pihaknya masih terbuka untuk berunding dengan PSB terutama dalam penentuan kerusi di Bawang Assan.
Namun sekiranya tiada persetujuan di antara DAP dan PSB dalam masa terdekat, atau paling lewat sebelum hari penamaan calon, maka parti itu akan menghantar ‘orang’ bagi melawan Presiden PSB, Datuk Seri Wong Soon Koh di kubu kuatnya, Bawang Assan.
Pada majis penyerahan watikah calon DAP untuk PRN12 Sarawak di ibu pejabatnya pada Jumaat, kelibat calon bagi kawasan Bawang Assan telah dikenal pasti.
Seorang calon muda, berusia 30 tahun yang merupakan seorang guru tuisyen di Sibu.
“Jika dipilih, saya akan bertanding sebagai calon di Bawang Assan, teruja dalam masa sama gementar juga,” jawab ringkas calon wanita itu.
Mungkinkah DAP Sarawak sememangnya bersedia dengan percaturannya untuk merampas kerusi tradisi PSB itu dengan meletakkan calon muda menentang veteran politik Sarawak yang sudah tentu mempunyai pengalaman luas terutama di kawasan tersebut.
Tekanan pasti terasa buat penyandang untuk mempertahankan kerusi berkenaan. Dengan erti kata lain, jika menang itu biasa, tetapi sekiranya tewas di tangan calon muda dan baharu, itu sangat luar biasa.
Untuk rekod, PSB sebelum ini mengesahkan bertanding di semua 82 kerusi DUN Sarawak, dan perkara sama juga disahkan oleh PH Sarawak.
Shafik Ahmad
Sat Nov 27 2021
Setakat ini, Chong Chieng Jen (gambar) hanya mengumumkan 18 calon awal, manakala baki lapan lagi masih menjadi tanda tanya. -Gambar fail
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Saya tidak akan lupakan Satok - Abang Jo
Beliau berkata, di bawah kerajaan negeri, pelan pembangunan di semua kawasan akan dilaksanakan secara konsisten khasnya di kawasan luar bandar.
Rakyat hanya mahu GPS perintah Sarawak - Dr Annuar
Rakyat Sarawak membuat pilihan bijak kerana GPS membela nasib serta masa depan rakyat Sarawak.
Dr Sim tamatkan spekulasi, dilantik timbalan ketua menteri
Datuk Seri Dr Sim Kui Hian menamatkan spekulasi apabila diumumkan sebagai salah seorang daripada tiga Timbalan Ketua Menteri Sarawak dalam barisan kabinet negeri
Penurunan kes harian COVID-19 bolehkan Sarawak beralih ke Fasa 4 PPN
Kes harian COVID-19 di Sarawak yang kini mencatatkan dua angka membolehkan negeri itu memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN), kata Ketua Menteri Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
GPS kuasai undi penjawat awam khususnya warga tentera, petanda baik BN - Penganalisis
Keputusan PRN Sarawak ke-12 membuktikan kecenderungan parti berkepentingan kerajaan terus diperakui oleh masyarakat pengundi.
Pilihan senyap rakyat Sarawak kukuhkan GPS
Sarawak memilih dengan senyap bahawa Gabungan Parti Sarawak (GPS); di sebalik harum segarnya, telah terbenam ke dalam sanubari setiap warganya.
'Tidak perlu terburu-buru bentuk kabinet negeri' - Abang Johari
Tan Sri Abang Johari Tun Openg mendedahkan pihaknya tidak terburu-buru dalam membentuk barisan kabinet negeri.
PRN Sarawak: DUN Mulu dimenangi Gerawat, GPS kuasai 76 kerusi
Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, Datuk Gerawat Gala menang di kerusi DUN Mulu selepas meraih 3,731 undi
PRN Sarawak: Kemenangan GPS, petanda rakyat mahu kerajaan yang kukuh - Penganalisis
Kelebihan dari segi manifesto memberi keyakinan kepada rakyat tentang kemampuan GPS membina sebuah kerajaan negeri yang kukuh.
PRN Sarawak: DAP akan nilai, buat 'post-mortem' kekalahan
Chong berkata, DAP akan teruskan perjuangan politiknya ke arah menjadikan Sarawak dan rakyatnya lebih baik secara keseluruhan.