awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
TASK raih kutipan hampir RM4 juta tahun 2026
Meta, TikTok dan Google perkukuh ciri keselamatan digital remaja
Permohonan Biasiswa Tunku Abdul Rahman dibuka mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Pasar Tamu di Kapit dibenar beroperasi setiap hari bermula 19 November

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
18/11/2021
06:51 MYT
PRN Sarawak: Pasar Tamu di Kapit dibenar beroperasi setiap hari bermula 19 November
Pegawai Daerah Kapit, Cerisologo Sabut mengesahkan arahan terbaharu berkenaan berkuatkuasa 19 November 2021. FOTO: Astro AWANI
KAPIT: Semua pasar tamu di bawah Majlis Daerah Kapit kini kembali dibenarkan beroperasi setiap hari bermula 19 November 2021 bermula jam 6 pagi sehingga 6 petang.
Menerusi kenyataan Majlis Daerah Kapit, kebenaran turut melibatkan operasi Market Teresang, Night Street Market, Pasar Basah Song, Jungle Produce Market Song, Tamu Belaga dan Tamu Sungai Asap.
Tambah kenyataan itu, keputusan dicapai selaras dengan keputusan Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Kapit pada 17 November 2021.
Perkara itu turut disahkan Pegawai Daerah Kapit, Cerisologo Sabut ketika dihubungi Astro AWANI pada Khamis.
‘’Ya benar, pengoperasian kini kembali seperti biasa dan kita (Majlis Daerah Kapit) mengharapkan agar segala pematuhan terhadap Prosedur Operasi Standard (SOP) COVID-19 dilaksanakan dengan baik,’’ katanya.
Terdahulu, Astro AWANI melaporkan keluhan peniaga yang mahukan system penggiliran melibatkan operasi perniagaan dimansuhkan.
BACA: PRN Sarawak: Peniaga Pasar Pagi Kapit mohon operasi perniagaan dipanjangkan
BACA: PRN Sarawak: Keputusan hapus sistem penggiliran Pasar Pagi Kapit daripada KKM
Ini kerana sebelum ini, mereka hanya dibenarkan beroperasi empat hari seminggu iaitu pada Isnin, Rabu, Jumaat dan Ahad bermula jam 6 pagi sehingga 2 petang.
Langkah ini diambil mengekang penularan COVID-19 dalam kalangan peniaga dan pelanggan seterusnya mengelakkan penularan lebih besar berlaku.
PRN Sarawak | Peniaga pasar pagi mahu waktu operasi dipanjangkan
Topic Berkaitan
#Sarawak Memilih
#PRN Sarawak
#Pasar Pagi Kapit
#komuniti perniagaan Kapit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan