awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir di Pahang pulih sepenuhnya
Lisa BLACKPINK jadi wajah kempen pelancongan Thailand bermula Januari 2026
Impian jadi penyampai radio? SINAR FM cari ‘Penyampai Emas’ baharu!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sarawak: Ribut petir diramal di beberapa kawasan pada hari penamaan esok

Bernama
Bernama
05/12/2021
14:18 MYT
PRN Sarawak: Ribut petir diramal di beberapa kawasan pada hari penamaan esok
Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan beberapa tempat di Sarawak dilanda ribut petir pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 esok. - Gambar hiasan/BERNAMA
KUCHING: Jabatan Meterologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan beberapa tempat di Sarawak dilanda ribut petir pada hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 esok.
Menerusi laman sesawang MetMalaysia hari ini, hujan dijangka berlaku di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman negeri pada pagi manakala ribut petir dijangka berlaku di satu atau dua tempat pada petang.
Selain itu, hujan diramalkan berlaku di satu atau dua tempat di kawasan pedalaman di sebelah malam.
Sejumlah 82 pusat penamaan calon dibuka di seluruh negeri bermula 9 pagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari pengundian PRN Sarawak pada 18 Dis manakala pengundian awal pada 14 Dis.
Dalam pada itu, SPR menerusi laman sesawang rasminya hari ini mencadangkan masa bagi setiap pengundi untuk keluar mengundi untuk mengawal jumlah pengundi yang datang ke pusat mengundi dalam satu-satu masa.
SPR memaklumkan pengundi boleh membuat semakan maklumat pengundian melalui aplikasi mySPR Semak atau di portal Semakan Daftar Pemilih SPR.
"Peringkat waktu yang digalakkan adalah 7.30 pagi hingga 9.30 pagi, 9.30 pagi hingga 11.30 pagi, 11.30 pagi hingga 1.30 tengah hari, 1.30 tengah hari hingga 3.30 petang dan 3.30 petang hingga 5 petang," menurut laman sesawang itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Sarawak
#MetMalaysia
#Sarawak
#ribut petir
#hari penamaan calon
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan