PORT DICKSON: Calon dan jentera parti dinasihatkan menangguhkan seketika kempen bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) jika dikesan mengalami gejala COVID-19 bagi mengekang penularan jangkitannya dalam komuniti.
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa semua pihak terlibat pada pilihan raya kali ini perlu mengamalkan prosedur operasi standard (SOP) bagi mengelakkan jangkitan silang (cross infections) yang akan menyumbang kepada kenaikan kes COVID-19.
"Walaupun tiada SOP yang terperinci untuk penjagaan COVID-19 pada PRN ini kerana wabak itu menunjukkan penurunan dan bukan lagi kecemasan kesihatan global seperti yang diisytiharkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), namun kes masih ada walaupun sangat rendah.
"Sehubungan itu orang ramai diminta berjaga-jaga sekiranya ada simptom, pakai pelitup muka dan menjaga kebersihan diri, itu prosedur yang amat digalakkan," katanya ketika ditemui semasa program Ziarah Kasih di sekitar Kampung Pachitan, di sini hari ini.
Beliau berkata Kementerian Kesihatan (KKM) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengumumkan SOP bagi pesakit COVID-19 untuk hari pengundian pada Sabtu ini.
SPR menetapkan PRN di Kedah, Terengganu, Kelantan, Negeri Sembilan, Selangor, dan Pulau Pinang, serta Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Kuala Terengganu dilaksanakan serentak dengan hari pengundian Sabtu ini.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Aug 08 2023
Menteri Kesihatan Dr Zaliha Mustafa bercakap kepada pemberita selepas mengadakan program Ziarah Kasih di Kampung Pachitan hari ini. - Foto BERNAMA
Venue Piala Thomas, Uber di Chengdu dilanda 'demam' panda
Yang paling mencuri perhatian ialah magnet peti sejuk yang menampilkan Yu Rong Rong bermain badminton.
Houthi Yaman serang dua kapal pemusnah AS
Houthi berjaya menyasarkan serangan terhadap dua kapal pemusnah AS dan kapal CYCLADES di Laut Merah serta MSC Orion di Lautan Hindi pada awal Selasa.
Ringgit rendah berbanding dolar AS pada awal dagangan
Pada 9 pagi, ringgit merosot kepada 4.7665/7710 berbanding mata wang Amerika Syarikat (AS) daripada 4.7650/7700 semalam.
Bakal jemaah haji OKU syukur dipilih jadi tetamu Allah
Abdul Samad MM Abdul Aziz, 53, yang merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) Penglihatan bersyukur dan teruja apabila dipilih seorang daripada 31,600 jemaah haji dari Malaysia tahun ini.
Pendakwa raya ICC temu bual kakitangan hospital di Gaza
Pendakwa raya dari Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) telah menemu bual kakitangan dari dua hospital terbesar di Gaza.
Israel bimbang ICC keluar waran tangkap berkait perang Gaza
Israel menyuarakan kebimbangan bahawa Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) bersiap sedia untuk mengeluarkan waran tangkap bagi pegawainya atas tuduhan berkaitan dengan pengendalian perang terhadap Hamas.
Liputan Haji: Bakal fokus kepada cabaran dan kebajikan jemaah wanita
Bagi petugas media mewakili Astro AWANI, untuk tahun ini, musim 1445 hijrah, yang terpilih ialah Editor dan Penerbit Astro AWANI, Dr Azlinariah Abdullah dan Azlinda Salim bersama 12 yang lain daripada agensi media.
IMF lulus pembiayaan dana AS$1.1 bilion kepada Pakistan
Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) pada Isnin meluluskan pembiayaan segera dana bantuan bernilai US$1.1 bilion kepada Pakistan.
Laporan Bank Dunia perlu dipandang serius
Laporan Bank Dunia yang memberi gambaran membimbangkan berkenaan sistem pendidikan Malaysia perlu diambil serius.
[TERKINI] CEO Microsoft dijadual bertemu Anwar pada Khamis
Lawatan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Microsoft Satya Nadella ke Malaysia itu merupakan sebahagian daripada jelajah Asia Tenggara beliau.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Penjawat awam sokong PN dalam PRN - Ilham Centre
Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre mendapati pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam lebih menyokong Perikatan Nasional (PN).