awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Operasi pembenihan awan di tiga negeri bermula esok - Ahmad Zahid
Selangor tangani isu rumah ibadat tidak sah secara berhemah, ikut undang-undang - MB
Sultan Selangor berkenan pendirian PM Anwar mengenai rumah ibadat dibina tidak ikut undang-undang
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Produk kraf Iban perlu daftar hak cipta - Uggah

Bernama
Bernama
23/08/2023
16:39 MYT
Produk kraf Iban perlu daftar hak cipta - Uggah
Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas melihat keunikkan produk kraf yang memenangi anugerah pada Majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Pertandingan Kraftangan the Iban Women Charitable Trust (IWCT). - Foto BERNAMA
KUCHING: Produk kraf kaum Iban perlu didaftarkan dengan Jabatan Warisan Negara bagi melindungi hak cipta, kata Timbalan Premier Sarawak Datuk Amar Douglas Uggah Embas.
Beliau berkata pendaftaran hak cipta penting bagi melindungi dan mengekalkan seni budaya kaum berkenaan untuk generasi akan datang kerana merupakan satu daripada identiti negara.
"Inventori kraf penting bagi melindungi warisan budaya dan mempromosikan tradisi kraf tangan.
"Ia juga penting kerana mencerminkan sejarah, nilai dan tradisi sesuatu budaya," katanya berucap pada majlis Penyampaian Sijil dan Hadiah Pertandingan Kraftangan Iban Women Charitable Trust (IWCT) di sini hari ini.
Uggah berkata strategi penjenamaan dan pemasaran yang berkesan juga penting dalam mempromosikan kraf tangan Iban sama ada di dalam dan luar negara.
"Menyertai pameran kraf tangan dan memanfaatkan platform digital bagi jualan secara dalam talian mungkin sebahagian daripada strategi.
"Kita telah lihat bagaimana produk dari luar membanjiri pasaran kita dan pada harga yang sangat kompetitif. Walaupun permintaan domestik mungkin tidak mencukupi, kita perlu sasarkan pasaran luar negara," katanya.
Beliau berkata sehubungan itu, Sarawak perlu menghasilkan produk berkualiti tinggi, berinovasi serta menggunakan teknologi bagi meningkatkan hasil pengeluaran, namun tetap mengekalkan keaslian produk dihasilkan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#produk kraf kaum Iban
#Jabatan Warisan Negara
#daftar
#hak cipta
#Douglas Uggah Embas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan