awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
CAS benarkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya kembali beraksi - FAM
Lelaki warga emas meninggal dunia ketika terima rawatan akibat dipukul
ICC beri lampu hijau perbicaraan bekas Presiden Filipina
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Profesional harta tanah tunjang penting ekonomi Malaysia - Lim Hui Ying

Bernama
Bernama
22/08/2025
22:30 MYT
Profesional harta tanah tunjang penting ekonomi Malaysia - Lim Hui Ying
Lim berkata, profesional dalam bidang itu berupaya membantu meningkatkan keyakinan pengguna dalam membuat keputusan berkaitan harta tanah. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Profesion penilaian, perejenan dan pengurusan harta tanah merupakan sektor perkhidmatan profesional yang penting serta menjadi antara tunjang utama dalam pertumbuhan ekonomi negara, kata Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying.
Beliau berkata, profesional dalam bidang itu berupaya membantu meningkatkan keyakinan pengguna dalam membuat keputusan berkaitan harta tanah.
"Para penilai dan ejen harta tanah berdaftar memainkan peranan penting dalam membimbing dan mendidik pengguna, khususnya pembeli untuk mendapatkan maklumat tepat mengenai pasaran harta tanah.
"Ini membolehkan pembeli membuat keputusan yang bijak dalam memiliki kediaman atau harta tanah impian mereka," katanya ketika berucap merasmikan Majlis Konvokesyen dan Makan Malam Tahunan Lembaga Penilai, Pentaksir, Ejen Harta Tanah dan Pengurus Harta (LPEPH) ke-27, di sini, malam tadi.
Lim turut berkata, kerajaan yakin LPEPH akan terus melahirkan ahli-ahli yang berkemahiran tinggi dan kompeten, sekali gus menyumbang kepada pembangunan negara.
"Sangat jelas bahawa LPEPH memainkan peranan penting dalam mempersiapkan ahlinya untuk menjadi profesional yang mampu menyumbang kepada ekonomi.
"Kerajaan akan terus menyokong setiap perkhidmatan dan program yang dilaksanakan oleh LPEPH," katanya.
Majlis itu turut meraikan seramai 29 penilai berdaftar, 46 ejen harta tanah berdaftar, 79 graduan diploma perejenan harta tanah dan empat penerima anugerah pelajar cemerlang.
--BERNAMA
Topic Berkaitan
#LPEPH
#pelajar cemerlang
#sektor perkhidmatan
#harta tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan