awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Candat Sotong tarik penyertaan peserta luar negara

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
15/07/2022
23:45 MYT
Program Candat Sotong tarik penyertaan peserta luar negara
Ariffin Deraman (tengah) ketika majlis perasmian dan pelepasan Program Candat Sotong sempena Fiesta Candat Sotong Terengganu 2022 di Marang. - Astro AWANI
MARANG: Buat julung kalinya Program Candat Sotong Terengganu yang diperkenalkan kerajaan negeri berjaya menarik penyertaan peserta dari Romania, Australia dan Indonesia.
Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan dan Teknologi Maklumat Negeri Terengganu, Ariffin Deraman berkata ia adalah perkembangan positif susulan promosi berterusan yang dilaksanakan bagi menarik pengunjung dari dalam dan luar negara.
Menurut Ariffin, pihaknya yakin kedatangan pelancong ke negeri itu akan terus menunjukkan peningkatan selepas sektor berkenaan suram hampir dua tahun sepanjang tempoh pandemik COVID-19.
"Oleh kerana kita sudah menang anugerah program terbaik dua tahun lepas, Anugerah Pelancongan Candat Sotong.
"Dari segi masa ia berlaku antara bulan empat dan bulan sembilan. Sebenarnya di antara masa itu, ada pelancong asing mereka datang, kita dapat maklumat," katanya.
Ariffin ditemui pada majlis perasmian dan pelepasan Program Candat Sotong sempena Fiesta Candat Sotong Terengganu 2022 di Marang.
Menurut Ariffin program itu melibatkan penyertaan kira-kira 300 peserta dengan 30 buah bot di kawasan perairan Pulau Kapas.
Topic Berkaitan
#candat sotong
#Ariffin Deraman
#Pelancong asing
#COVID-19
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan