Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap agar program transformasi digital, e-Usahawan, dapat mengubah nasib usahawan muda selain dapat meningkatkan pendapatan.
Najib berkata, dalam program sulung Daya e-Usahawan 2015 merupakan satu inisiatif strategik dalam memartabatkan keusahawanan digital di negara ini.
Najib turut memuji usaha penerapan ilmu keusahawan digital ke dalam kurikulum Institusi-Institusi Pendidikan Latihan Dan Vokasional (TVET) yang dilihat telah dapat memberi pendedahan dan pembelajaran khususnya generasi muda untuk menerokai peluang sebagai usahawan teknologi.
Selain itu, Najib berkata, industri peniagaan internet yang juga dianggap sebagai industri masa hadapan, dijangka bakal berkembang kepada RM72 bilion tahun ini dan RM88 bilion tahun hadapan.
"Selama ini kalau kita belajar di institusi pendidikan kita nak cari pekerjaan sama ada dengan kerajaan atau sektor swasta.
"Tetapi melalui e-Usahawan ini, kita akan membangunkan golongan usahawan muda yang boleh mencari rezeki sendiri dan menambah pendapatan," kata Najib ketika merasmikan program e-Usahawan anjuran Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) di Dewan Tun Razak, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) pada Rabu.
Turut hadir Menteri Komunikasi Dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak, Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Idris Jusoh Dan Ketua Pegawai Eksekutif MDec Datuk Yasmin Mahmood.
Perlancaran Daya e-Usahawan 2015 yang berlangsung dari 25 dan 26 November ini di PWTC akan
membawa peserta program mendalami dunia perniagaan digital melalui perkongsian dan pengisian dengan e-pakar, sesi bersama mentor dan makmal pembelajaran tentang kemahiran digital.
Azyyati Ahmad
Wed Nov 25 2015
NAJIB: Industri peniagaan internet adalah industri masa hadapan, dijangka bakal berkembang kepada RM72 bilion tahun ini. - Foto Astro AWANI/Shahir Omar
Piala ASEAN: Harimau Malaya bergelut raih kemenangan pertama
Skuad bimbingan Pau Marti Vicente bermula perlahan dikejutkan lawan pada separuh masa pertama apabila ketinggalan 1-2.
Tumpuan Khamis – 12 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berbilion kes malaria berjaya dicegah pada abad ini - WHO
Sebanyak 17 negara kini secara rutin memberikan vaksin kepada kanak-kanak untuk mencegah malaria.
Pesakit di Hospital Indonesia di Gaza kelaparan
Kementerian Kesihatan Gaza berkata pada Selasa bahawa terdapat sekurang-kurangnya 60 pesakit dalam risiko tinggi.
Thailand ambil langkah komprehensif tangani cuaca buruk, dijangka melanda minggu ini
Jabatan Pengairan Diraja juga telah diarahkan membersihkan saluran air daripada rumpai dan halangan untuk mengelakkan banjir.
10 Berita Pilihan - (11 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
AWANI Tonight 11 Dec 2024
#AWANITonight with @Hafiz_Marzukhi
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
1. PSC proposes measures to tackle growing insurance costs
2. Malaysia on track to achieve high-income status by 2027, says Rafizi
#AWANIEnglish #AWANINews
Johor, MOT wujudkan pasukan petugas khas bincang isu kesesakan, penyuraian trafik RTS
Pelbagai isu dan inisiatif dibincangkan dalam usaha mengurangkan kesesakan jalan raya khususnya di Johor Bahru dan Lembah Klang.
Lima anggota, pegawai polis tolak rasuah terima penghargaan KPN
Razarudin merakamkan ucapan tahniah kepada mereka kerana berpegang teguh dengan prinsip integriti ketika menjalankan tugas menjaga sempadan negara.
Libat urus telah diadakan sebelum putuskan tambah waktu bekerja jururawat - Dr Dzulkefly
Keputusan itu telah melalui beberapa pusingan libat urus termasuk dengan tujuh kesatuan sekerja termasuk persatuan jururawat.
PM lancar skim mikro kredit e-dagang
Entiti perniagaan dalam negara 'tiada pilihan' kecuali untuk berubah bagi berdepan realiti masa kini.
#YOUCANDUIT: MDEC sasar tingkat ekonomi rakyat Johor melalui platform digital
Kempen digerakkan bagi menyeru rakyat Malaysia menggunakan platform digital untuk menjana lebih pendapatan.