awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Maxwell enggan jawab soalan berkaitan Epstein dalam pendengaran Kongres AS
Siasat dan tahan pendakwah: Jangan timbul spekulasi negatif terhadap SPRM - Zamri
Langgar mati lari: Penjawat awam 49 tahun serah diri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program INSKEN lonjak hasil jualan usahawan RM2.6 juta, cipta 192 pekerjaan

Astro Awani
Astro Awani
22/08/2023
05:25 MYT
Program INSKEN lonjak hasil jualan usahawan RM2.6 juta, cipta 192 pekerjaan
Ewon (tengah) merasmikan Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN bagi meraikan 135 usahawan di Bangi, Selangor pada Isnin - Foto/INSKEN
KUALA LUMPUR: Program Institut Keusahawan Negara (INSKEN) Bumiputera Business Coaching (IBBC) membuahkan hasil positif apabila berjaya melonjakkan jualan sebanyak RM2.6 juta, selain mencipta 192 pekerjaan baharu dalam tempoh empat bulan ia dilaksanakan.
Pencapaian memberangsangkan itu direkodkan melalui empat industri iaitu dua kohort kafe dan restoran, bakeri, serta pencetakan dan servis berkaitan.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata hasil pencapaian keseluruhan program IBBC tersebut mencatatkan 3.8 kali nilai gandaan daripada dana yang disalurkan oleh kerajaan.
“Program IBBC juga berjaya memajukan 12 perniagaan melalui penukaran status perniagaan daripada mikro kepada kecil.
“Manakala, program INSKEN Start-Up Coaching mencatat 164 peratus peningkatan skor diagnostik dalam masa enam bulan program ini dijalankan,” katanya dalam satu kenyataan.
Terdahulu, Ewon merasmikan Majlis Graduasi Program Bimbingan INSKEN bagi meraikan 135 usahawan di Bangi, Selangor pada Isnin.
Mengulas lanjut, Ewon berkata pencapaian program INSKEN Start-Up Coaching diukur melalui peningkatan skor diagnostik dan daripada 24 peserta yang bergraduasi.
Dalam majlis gradusi tersebut, beberapa peserta daripada program IBBC dan INSKEN Start-Up Coaching diumumkan sebagai peserta terbaik, antaranya Saharuddin Sabtu dari industri bakeri dan Ariati Basir (perniagaan Roti Loaf).
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif INSKEN, Muhd Firdaus Azharuddin berkata INSKEN menjalankan program mengikut keperluan usahawan dan memastikan keberhasilan sesebuah kursus adalah menjadi keutamaan.
Melalui program bimbingan seumpama ini, beliau berkata institut itu dapat mengukur pencapaian usahawan.
“Kejayaan usahawan juga telah memberi suntikan semangat kepada kami untuk kekal agresif dalam melaksanakan program latihan dan bimbingan agar lebih ramai usahawan dapat memajukan perniagaan mereka.
“Penambahbaikan perniagaan yang dibuat adalah seperti penetapan harga produk yang bersesuaian, melaksanakan sistem simpan dan rekod setiap perbelanjaan, mengira untung rugi kos produk bagi setiap bulan dan banyak lagi,” katanya.
Topic Berkaitan
#Program usahawan INSKEN
#Pekerjaan baharu INSKEN
#Permohonan INSKEN
#Pembangunan usahawan Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan