SHAH ALAM : Program Jom Ziarah di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan yang dibatalkan sebelum ini dilihat tidak bijak kerana diadakan pada masa yang salah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, program menggalakkan orang dari agama lain mengunjungi tempat ibadat agama lain tidak semestinya sesuatu yang bijak.
“Kenapa perlu pergi dan membangkitkan perasaan orang secara tidak perlu? Saya pergi ke gereja, dan itu tidak menjadi satu isu.
“Adalah penting agar perdana menteri boleh menghadiri (acara di tempat ibadah lain). Saya juga menghadiri perayaan Hindu di kuil-kuil. Itu juga bukanlah satu isu.
“Tetapi pada masa ketika orang sedikit bimbang, tidak hanya di Malaysia, malah lebih teruk di Eropah pada hari ini dan dalam kalangan sebahagian golongan sayap kanan di Amerika Syarikat, saya rasa kita harus lebih berhati-hati.
“Kita tidak boleh membenarkan isu seperti ini disalahgunakan atau dieksploitasi oleh pembangkang yang terdesak,” katanya dalam temu bual khas bersama Al Jazeera pada Khamis.
Anwar berkata demikian ketika mengulas berkenaan tindakan pembatalan program yang pada ketika itu di bawah seliaan Kementerian Belia dan Sukan.
BACA: Jom Ziarah Gereja: Hannah beri keterangan di IPD Sentul
BACA: Program pengaruh umat Islam minat agama lain salah di sisi undang-undang
BACA: Program 'Jom Ziarah Gereja' tertakluk kerajaan negeri - Mohd Na'im
Tambahnya lagi, kedudukan istimewa Melayu dan Islam, sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, harus diterima sebagai satu realiti.
“Apa yang dilarang, tentunya, adalah menggunakan hak istimewa itu untuk mendiskriminasikan dan merendahkan yang lain. Itu bertentangan dengan idea kesaksamaan tulen bagi semua kaum dan untuk semua orang.”
“Saya bersyukur kerana dilahirkan sebagai seorang Islam. Saya berpuasa, saya solat. Tetapi mengapa ia perlu dilihat sebagai satu perkara yang memecahbelahkan kecuali jika anda mengambil dasar, atau dalam retorik anda, berkata sesuatu yang berterusan menyerang atau mendiskriminasikan, sesuatu yang tidak akan saya lakukan.
“Dan dalam pentadbiran ini, kami dengan jelas menyatakan bahawa kami akan melindungi kesucian kepercayaan kami, agama kami, kita adalah rakyat Malaysia.”
Anwar juga mengkritik pembangkang kerana terus berpura-pura apabila berbicara tentang perpaduan kerana mereka adalah parti Melayu yang bercakap tentang dasar-dasar Melayu dan menggunakan setiap kesempatan untuk menyerang Kerajaan Perpaduan sebagai kerajaan pelbagai kaum dan liberal.
Ketika ditanya adakah beliau bimbang dengan peningkatan Islam konservatif di Malaysia, perdana menteri berkata, ia adalah fenomena universal di kebanyakan negara Islam. Beliau berkata, rakyat Malaysia harus mengendalikannya dengan bijak.
“Kita harus jujur dalam hal ini. Saya menentang banyak hujah ini, malah di Parlimen,” jelasnya.
Mengulas lanjut mengenai khabar angin terdapat komplot di kalangan ahli Parlimen untuk menjatuhkannya pentadbirannya, Anwar berkata, perkara itu tidak sama sekali mengganggu fokusnya untuk terus mentadbir negara.
“Beberapa kuasa yang paling korup, anda tahu, ahli politik elit di negara ini, mereka bersatu dengan berbilion dana dalam simpanan.
“Tetapi sekarang saya berkuasa, dalam kedudukan (sebagai perdana menteri), saya tidak duduk diam. Saya akan melawan mereka jika mereka ingin mendapatkan sokongan dengan membeli orang, dengan memberi rasuah kepada orang untuk melindungi kepentingan mereka.
“Mereka salah tafsir jika fikir saya akan goyah. Tidak, saya hanya bertekad untuk membersihkan negara dari penyalahgunaan dan rasuah," ujarnya.
Anwar menegaskan bahawa kerajaannya stabil dengan majoriti dua pertiga di Parlimen, namun pembangkang mahu menjatuhkannya kerana sikap tegasnya menentang rasuah dan penyalahgunaan kuasa. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Jun 15 2023
Anwar dalam temu bual khas bersama Al Jazeera pada Khamis, turut mengkritik pembangkang kerana didakwa berpura-pura apabila berbicara tentang perpaduan. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Kenaikan premium insurans perubatan harus munasabah, tidak membebankan - PM
Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kesihatan akan menentukan kawalan supaya kenaikan premium insurans perubatan tidak terlalu tinggi, kata PM.
PM Anwar kesal kelewatan pelaksanaan MyDigital ID, rangkaian 5G kedua
Kelewatan pelaksanaan dua inisiatif digital negara iaitu MyDigital ID dan rangkaian 5G kedua menyebabkan Perdana Menteri hilang sabar.
DRR, isu Kampung Bharu antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini
Dasar Pengurangan Risiko Bencana Kebangsaan (DRR), punca kenaikan kes jenayah pinjaman wang tidak berlesen dan penipuan kewangan serta isu Kampung Bharu menjadi antara tumpuan Dewan Rakyat hari ini.
[KOLUMNIS] Gagasan idea, kepemimpinan, prestasi dan kerjasama jayakan Kerajaan Perpaduan
Kekuatan Kerajaan Perpaduan sangat bergantung kepada gagasan idea dalam kepemimpinan Perdana Menteri.
Pelajar bimbang tidak dapat biasiswa, dapat perhatian PM
Seorang pelajar UUM dari Sabah bimbang tidak akan menerima biasiswa kerana ibunya belum mendapat taraf permastautin tetap (PR).
Pertimbangan ekonomi tidak kekang pendirian Malaysia dalam isu Gaza - PM Anwar
Malaysia sebagai sebuah negara merdeka dan berdaulat akan terus menyuarakan pendirian dalam isu-isu antarabangsa termasuk penindasan dan kezaliman di Gaza.
PM Anwar adakan lawatan rasmi ke Korea
Kunjungan Perdana Menteri ke negara itu atas jemputan Presiden Yoon Suk Yeol.
Pendekatan global PM Anwar perkukuh kedudukan diplomatik dan ekonomi Malaysia
Dasar luar Malaysia yang berpegang kepada sikap tidak berpihak kini semakin mendapat momentum apabila negara memperluas hubungan ekonomi dan diplomatiknya.
PM rasmi program 2TM, Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam hari ini
Anwar akan merasmikan program dan konvensyen yang bertemakan 'MADANI di Hati, Rakyat Disantuni' itu pada 11 pagi, disusuli sesi 'town hall' atau dialog awam.
Lawatan sulung ke Brazil jana potensi eksport RM6.8 bilion - PM Anwar
Lawatan sulung Perdana Menteri ke Brazil berjaya hasilkan potensi eksport sebanyak RM6.8 bilion bagi tempoh tiga hingga lima tahun akan datang.