awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Kit ujian kehamilan disimpan sebagai kenangan? Amalan nampak manis tapi sebenarnya berisiko
Fasa pertama pilihan raya umum Myanmar selesai
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Program Jualan Keluarga Malaysia di 222 kawasan Parlimen bermula Sabtu ini - PM

Astro Awani
Astro Awani
02/12/2021
12:04 MYT
Program Jualan Keluarga Malaysia di 222 kawasan Parlimen bermula Sabtu ini - PM
Ismail Sabri berkata, beliau akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) membabitkan semua kementerian minggu depan, bagi mencari jalan intervensi lain untuk terus membantu rakyat. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kerajaan akan menganjurkan program Jualan Keluarga Malaysia yang menawarkan barang keperluan harian pada harga lebih murah di semua 222 kawasan Parlimen secara serentak bermula Sabtu ini.
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata inisiatif itu adalah antara usaha meringankan beban rakyat susulan kenaikan harga barang ketika ini.
Perdana Menteri menjelaskan, pada peringkat permulaan, program itu yang menawarkan barangan pada harga antara 20 hingga 50 peratus lebih murah daripada harga pasaran, disasar diadakan dua kali setiap bulan memfokuskan kawasan ramai penduduk golongan B40 dan M40.
"Perancangan awal ia diadakan dua kali sebulan di setiap kawasan Parlimen dan kita sasarkan hingga Februari tahun depan.
"Kita akan lihat bergantung kepada keadaan situasi harga. Kalau harga berterusan tak turun, kita akan meneruskan program ini sehinggalah harga barang turun.
"Pada peringkat permulaan, dua kawasan di setiap (kawasan) Parlimen dengan awalnya yang ramai B40 dan M40 kerana golongan itu adalah yang terkesan teruk terutama selepas penularan COVID-19," katanya pada sidang media selepas melancarkan program Jualan Keluarga Malaysia di Dataran Perpustakaan Lembah Pantai di sini pada Khamis.
Program sehari itu merupakan usaha pelbagai pihak antaranya Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP); Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) selain syarikat swasta.
Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, beliau akan mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Sara Hidup Negara (NACCOL) membabitkan semua kementerian minggu depan, bagi mencari jalan intervensi lain untuk terus membantu rakyat.
Selain itu, katanya, kerajaan tidak bertolak ansur terhadap peniaga yang menaikkan harga barang tanpa sebab munasabah dan akan mengambil tindakan tegas ke atas mereka.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Perdana Menteri
#jualan keluarga malaysia
#kawasan Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan