NATIONAL
Program Jualan MADANI Koperasi dan Usahawan tawar diskaun sehingga 50 peratus

Ramanan beramah mesra bersama peniaga semasa meninjau gerai-gerai yang dibuka pada Program Jualan MADANI Raya (PJMR) sempena Aidilfitri 1446H di Dewan Majlis Perbandaran Kuala Selangor (MPKS) Saujana Utama, Sungai Buloh hari ini. -Bernama
SUNGAI BULOH: Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) meneruskan Program Jualan MADANI Raya (PJMR) di lebih 100 lokasi di seluruh negara.
Ringkasan AI
- Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM) meneruskan Program Jualan MADANI Raya (PJMR) di lebih 100 lokasi di seluruh negara, termasuk Dewan MPKS Saujana Utama, Sungai Buloh, Selangor.
- Timbalan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi Datuk R. Ramanan menyatakan bahawa program ini menawarkan penjimatan harga 20 peratus berbanding harga pasaran, dengan tambahan insentif 30 peratus untuk warga Sungai Buloh, menjadikan diskaun keseluruhan 50 peratus semasa jualan 'Happy Hour'.
- Program jualan ini akan diteruskan di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras dan DUN Kota Damansara minggu hadapan untuk memastikan lebih ramai penduduk Sungai Buloh menikmati diskaun hebat yang ditawarkan.
“Kenapa saya cakap meringankan beban mereka, sebab saya beri potongan yang lebih kepada mereka.
"Kebiasaan program MADANI hanya 20 peratus yang ditanggung SKM sendiri, tetapi untuk warga Sungai Buloh, saya tambah lagi insentif 30 peratus. Jadi pembeli kini dapat menikmati 50 peratus diskaun semasa jualan 'Happy Hour'.
“Program seumpama ini juga berupaya memberi manfaat kepada masyarakat setempat dari segi penjimatan harga barangan keperluan asas harian selain memperkasakan perniagaan koperasi dan usahawan,” katanya lagi.
Beliau berkata demikian selepas menyempurnakan Program Jualan MADANI Raya Sempena Aidilfitri 1446 Hijrah di Dewan MPKS Saujana Utama, di sini, pada Ahad.
Tambah Ramanan, kerajaan memahami denyut nadi rakyat yang terkesan dengan peningkatan kos sara hidup, khususnya bagi kumpulan berpendapatan rendah dan sederhana.
Beliau berkata program jualan ini akan diteruskan dengan penganjuran di Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Jaras dan DUN Kota Damansara minggu hadapan, bagi memastikan lebih ramai penduduk Sungai Buloh menikmati diskaun hebat yang ditawarkan.
"Ia bukan dianjurkan di sini sahaja, tetapi di seluruh Malaysia, namun di lokasi lain mereka hanya mendapat 20 peratus diskaun yang diberikan oleh SKM," kata Ramanan.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami