KUALA LUMPUR: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Kementerian Pengajian Tinggi (MOHE) mensasarkan sebanyak 900 pemula niaga dan 13,000 bakat baharu kecerdasan buatan (AI) akan muncul menjelang 2026 melalui program perintis AI Sandbox 2024.
Inisiatif ini adalah untuk mendorong Malaysia ke arah masa depan yang dipacu oleh inovasi, produktiviti dan daya saing.
Menterinya, Chang Lih Kang berkata, langkah ini turut berpotensi merangsang sehingga 10 peratus pertumbuhan ekonomi melalui penciptaan industri yang baharu, peluang pekerjaan dan sekali gus meningkatkan daya saing dalam pasaran global.
“Seperti yang disebut oleh Menteri Pengajian Tinggi (MOHE), kami menjangkakan bahawa lebih daripada 13,000 bakat AI akan muncul menjelang 2026.
“Impak daripada projek ini juga dijangkakan akan memberi kesan yang besar dan meluas. Program Sandbox ini turut akan membantu dalam penubuhan sebanyak 900 syarikat AI menjelang tahun 2026,” katanya ketika melancarkan program AI Sandbox di Malaysian Research Accelerator for Technology and Innovation (MRANTI), di sini, pada Khamis.
Tambah beliau lagi, inisiatif ini merupakan bukti komitmen MOSTI untuk mendorong inovasi dalam arena antarabangsa sejajar dengan matlamat kebangsaan untuk melahirkan 100 syarikat AI dan menghasilkan pendapatan sebanyak RM1 billion menjelang tahun 2030.
“Saya yakin bahawa aktiviti-aktiviti yang dirancang akan membuktikan keberkesanan yang positif, bukan hanya kepada anda tetapi juga kepada masyarakat secara umum,” jelasnya.
Menurut Indeks Kecerdasan Buatan Global (Global AI Index) yang diterbitkan pada 28 Jun 2023 oleh Tortoise Media, Malaysia kini menduduki tempat ke-44 dari 62 negara dengan skor keseluruhan 19.6, manakala China dan Singapura menduduki tempat kedua dan ketiga dengan skor masing-masing 61.5 dan 50.
Program perintis fasa 1 yang dilancarkan pada Khamis adalah kerjasama antara MRANTI dengan sebuah syarikat teknologi, NVIDIA dan disokong oleh MOSTI dan Kementerian Pendidikan Tinggi Malaysia MOHE.
Pia Ernadya
Thu Apr 18 2024
Chang Lih Kang berkata, langkah ini turut berpotensi merangsang sehingga 10 peratus pertumbuhan ekonomi melalui penciptaan industri yang baharu, peluang pekerjaan dan sekali gus meningkatkan daya saing dalam pasaran global. - Gambar fail
Ziyad rangkul emas kejohanan dunia di Jepun
Muhammad Ziyad Zolkefli menjuarai acara lontar peluru lelaki F20 di (kecacatan intelektual) Kejohanan Olahraga Para Dunia 2024 di Jepun.
Pihak berkuasa Jepun halang pemandangan Gunung Fuji
Pihak berkuasa Jepun memasang penghadang pemandangan Gunung Fuji pada Selasa untuk mengatasi peningkatan pelancong asing yang mengganggu ketenteraman awam di kawasan sekitar.
Suntikan vaksin Papilomavirus kepada 719,236 pelajar perempuan
KKM berikan suntikan vaksin Papilomavirus manusia (HPV) kepada 719,236 pelajar perempuan terdiri daripada kohort 2021 hingga tahun ini.
[TERKINI] Penumpang pesawat SIA meninggal dunia dalam pesawat
Seorang penumpang pesawat Singapore Airlines (SIA) dilaporkan maut dalam kejadian gelora udara ketika dalam perjalanan dari London (Heathrow) ke Singapura pada Selasa.
Yakin RUU355 akan dapat undi majoriti mudah - Hadi
Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang yakin Rang Undang-undang Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 (RUU 355) akan mendapat undian majoriti mudah dalam sidang parlimen akan datang.
Rakyat Malaysia bimbang penipuan pembayaran
Firma perisian Analitik Global, FICO, dalam penyelidikan terbaharunya mendedahkan bahawa 32 peratus rakyat Malaysia paling bimbang ditipu dalam hal berkaitan pembayaran.
Suspek buang bayi dipercayai warga asing
Suspek buang bayi di pangsapuri di Pantai Dalam dipercayai bukan penduduk kawasan perumahan.
[INFOGRAFIK] Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) ST1 2024
Berikut adalah sedikit infografik berkenaan KDNK ST1 2024. Sila klik video untuk berita selanjutnya.
Ibu bapa bayi naik motosikal ucap terima kasih kepada PM
Pasangan suami isteri yang menaiki motosikal sambil membawa bayi berusia 11 bulan yang tular di media sosial dalam keadaan memakai alat bantuan pernafasan berterima kasih selepas mendapat bantuan.
Projek mitigasi banjir kilat Puchong dijangka siap akhir tahun ini
Projek mitigasi banjir kilat di kawasan Puchong yang menelan belanja lebih RM5 juta dijangka siap menjelang hujung tahun ini.
Pelaksanaan RDICE: Lebih RM9 trilion kepada KDNK menjelang 2030
RDICE mengandungi tiga teras, enam strategi dan 20 pelan tindakan akan memberikan manfaat kepada rangkaian hab inovasi global.
Lebih banyak syarikat Jerman akan melabur di Malaysia - Chang
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yakin lebih banyak syarikat Jerman akan memasuki Malaysia untuk melabur susulan pelaburan besar oleh Infineon Technologies AG baru-baru ini.
MOSTI akan pastikan peralatan, kelengkapan hadapi bencana kimia mencukupi - Chang
MOSTI akan memastikan peralatan dan kelengkapan agensi dan jabatan berkaitan kimia di bawah kementerian itu mencukupi dalam menghadapi sebarang bencana melibatkan bahan kimia.
MYStartup lancar program pemecut ketiga perkasa syarikat pemula niaga
MYStartup terus memperkasa syarikat pemula niaga di Malaysia dengan memulakan program pemecut ketiganya MYStartup Accelerator Kohort 3.
Program perintis AI Sandbox sasar 900 pemula niaga,13,000 bakat baharu AI menjelang 2026
Inisiatif ini adalah untuk mendorong Malaysia ke arah masa depan yang dipacu oleh inovasi, produktiviti dan daya saing.
MOSTI dapati kadar penembusan modal teroka Malaysia naik 0.25-0.35 peratus menjelang 2030
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) mengunjurkan kadar penembusan modal teroka Malaysia meningkat 0.25 hingga 0.35 peratus dan bernilai sekitar US$1.4 bilion (US$1=RM4.7) menjelang 2030.
Ekonomi hidrogen berpotensi jana pendapatan RM12 bilion menjelang 2030 - MOSTI
Fokus utama MOSTI ketika ini adalah untuk mempertingkatkan permintaan, penggunaan dan juga penjanaan hidrogen hijau.
MOSTI pastikan teknologi dan inovasi negara selaras perkembangan ekonomi
MOSTI akan memastikan pelaksanaan pelbagai inisiatif sains, teknologi dan inovasi negara berada pada landasan tepat selaras dengan perkembangan ekonomi semasa.
Garis panduan, kod etika guna AI siap 90 peratus - MOSTI
Garis panduan governan dan kod etika bagi teknologi kecerdasan buatan (AI) sudah memasuki fasa akhir pembangunan dengan status pencapaian 90 peratus.
KKR, MOSTI jalin kerjasama perkasa MYJalan menerusi program Sandbox
KKR dengan kerjasama MOSTI akan melaksanakan program Sandbox Infrastruktur Jalan Pintar yang bakal menyelesaikan pelbagai isu.