KUALA LUMPUR: Program 'Ramadan Rays of Care' MyCSR edisi ke-14 anjuran MyCEB melabuhkan tirainya dengan sebuah inisiatif menyenangkan yang dianjurkan di Institut Kanser Negara anjuran Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB).
Acara tersebut merupakan sebahagian daripada komitmen berterusan agensi di bawah Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya untuk berhubung dengan komuniti, bertujuan menyemarakkan semangat para pesakit kanser dan pasukan perubatan di pusat tersebut sambil memupuk penyatuan dan sokongan dalam komuniti.
Lawatan tersebut menyaksikan 13 pegawai MyCEB turun padang mengagihkan hamper mengandungi snek sihat kepada 100 orang pesakit dan 30 orang pengamal perubatan.
“Dengan berakhirnya edisi pertama daripada banyak lagi inisiatif berimpak daripada MyCSR bagi tahun 2024 ini, kami amat tergerak dengan semangat solidariti dan belas yang dipamerkan ketika acara ini.
“Di MyCEB, kami kekal komited kepada etos kami berkenaan hubungan dengan komuniti, berusaha untuk membangkitkan semangat mereka yang memerlukan dan mengasuh rasa kebersamaan dalam masyarakat.
“Pengalaman merendah diri ini mengingatkan kami tentang betapa beruntungnya kita sebagai yang sihat dan berdaya, dibanding dengan para pesakit di sini yang sedang berjuang dalam pertarungan paling sukar dalam hidup,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB Azman Tambi Chik.
Tambah beliau lagi, mereka hadir untuk memberi sokongan secara fizikal dan mental supaya para pesakit tahu mereka tidak sendirian dalam perjuangan masing-masing.
Kehadiran para pegawai MyCEB juga sebagai tanda terima kasih kepada para petugas perubatan yang tanpa lelah mendedikasikan hidup mereka untuk menyelamatkan nyawa manusia lain.
Inisiatif tersebut selaras dengan amalan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) MyCEB di mana badan itu bermatlamat untuk meninggalkan impak jangka panjang yang positif kepada kehidupan para pesakit kanser dan petugas perubatan di Institut Kanser Negara.
Setakat ini, program MyCSR telah menyentuh 395 jiwa sejak dimulakan pada 2018, di mana mereka memberi komitmen empat jam waktu kerja amal setiap tahun dan MyCEB akan terus melaksanakan pelbagai lagi inisiatif dengan hasil yang boleh diukur, mempamer komitmennya untuk mengekalkan impak sosial.
Israr Khalid
Thu Mar 28 2024
Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Azman Tambi Chik menyampaikan sumbangan kepada pesakit di Institut Kanser Negara. - Foto Astro AWANI
AWANI Ringkas: Kontroversi penganjuran pesta hiburan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Niaga SPOTLIGHT: Economic impacts of extreme heat
Pilihan raya Iran ditetapkan pada 28 Jun
Ketua-ketua cabang kuasa Iran telah memutuskan 28 Jun sebagai tarikh untuk memilih Presiden baharu.
Melahirkan lebih ramai pencipta nilai Bumiputera
Ketua Pegawai Eksekutif, Yayasan Peneraju, Ibrahim Sani berkongsi pandangan beliau berkenaan hala tuju
Ziyad Zolkefli, Latif Romly sah layak ke Sukan Paralimpik Paris 2024
Antara atlet lain adalah atlet lompat jauh, Datuk Abdul Latif Romly, dan atlet para berbasikal, Muhamad Yusof Hafizi Shaharuddin.
Jualan kenderaan baharu meningkat 21 peratus pada April - MAA
Jualan kenderaan baharu Malaysia melonjak 21 peratus kepada 57,991 unit pada April 2024 daripada 47,802 pada bulan yang sama tahun lepas, demikian menurut Persatuan Automotif Malaysia (MAA).
Analisis perdagangan: Imbangan dagangan menurun, jumlah dagangan meningkat
Jumlah dagangan menunjukkan peningkatan 12.1 peratus daripada RM197.8 bilion pada tahun sebelumnya kepada RM221.7 bilion dipacu oleh kenaikan import 15.6 peratus, mencecah RM107.0 bilion dan eksport 9.1 peratus, mencecah RM114.7 bilion. Bagaimana ini mencerminkan kesihatan ekonomi semasa?
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Kupasan bersama Pengarah Program MBA, Putra Business School (PBS),
Prof Madya Dr. Ahmed Razman Abdul Latiff.
Malaysia sebagai pintu masuk syarikat Sweden - Duta
Malaysia terus menarik syarikat Sweden kerana kestabilan politik negara, taraf hidup yang baik dan penguasaan bahasa Inggeris meluas.
Malaysia Masters 2024 buka gelanggang, pemain negara optimis buat yang terbaik
Gelanggang kejohanan Badminton Malaysia Masters 2024 membuka tirainya hari ini hingga 26 Mei ini di Axiata Arena, Kuala Lumpur.
MyCEB lebar luas rangkaian dengan para pemain acara perniagaan di IMEX Frankfurt
Penyertaan tahun ini tepat pada masanya ketika MyCEB, agensi di bawah MOTAC, menggembleng usaha mempromosikan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Malaysia bina daya tarikan destinasi acara perniagaan pilihan pasaran China di IT&CM China 2024
Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) melengkapkan kehadiran tahun ke-11 ke Incentive Travel & Conventions Meetings (IT&CM China) 2024 yang dijadualkan telah berlangsung 26 hingga 28 Mac.
Program 'Ramadan Rays of Care' MyCSR dekati pesakit kanser, petugas perubatan
Para pegawai MyCEB agih hamper snek sihat kepada 100 pesakit dan 30 pengamal perubatan di Institut Kanser Negara.
MyCEB mengukuhkan industri acara perniagaan melalui sesi rangkaian dinamik
Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) telah mengambil pendekatan proaktif dengan mengumpulkan lebih daripada 250 pemain industri melalui sesi rangkaian pertama yang diadakan pada tahun ini.
MyCEB bekerjasama dengan ACMAR Marketing Xiamen, kembang sayap ke China
AMCAR Marketing Xiamen akan menjadi penghubung MyCEB dengan rakan seangkatan perniagaan di China, memperkemas komunikasi dan memupuk perkongsian memanfaatkan kedua-dua pihak.
MyCEB jangkakan lebih 270 acara pada 2024
Pada tahun lepas, Malaysia menjadi lokasi bagi penganjuran 253 acara merangkumi mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran pelancongan.
MyCEB mengambil pendekatan proaktif bagi keterjaminan acara perniagaan
MyCEB menjalinkan kerjasama dengan tujuh organisasi acara perniagaan utama untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi global terkemuka, diperkenalkan di AIME Melbourne.
MyCEB perkukuh industri acara perniagaan melalui pertukaran idea serantau
Selepas menjalin kerjasama di Indonesia, MyCEB membuat kunjungan hormat ke Thailand Convention & Exhibition Bureau (TCEB).
MyCEB, ASTINDO jalin kerjasama dua hala bagi perkuat industri acara perniagaan
Kolaborasi dalam usaha pemasaran dan promosi bersama bagi sektor perniagaan melalui perkongsian maklumat penyelidikan untuk tujuan kempen, inisiatif, program dan projek.
MyCEB rai peranan rakan media dalam kemajuan industri acara perniagaan
Majlis makan petang 'Sesi Suai Mesra MyCEB Bersama Media: Sejuta Hubungan, Satu Cerita' dihadiri oleh 60 orang wakil kehormat daripada media terkemuka.