MELBOURNE: Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) mengorak langkah baharu menjalin kerjasama dengan tujuh organisasi acara perniagaan utama Malaysia.
Ini termasuk Business Events Sarawak, Lembaga Pembangunan Langkawi, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, Pusat Konvensyen Borneo Kuching, Hotel One World, Resort Sunway dan The Westin Langkawi Resort and Spa.
Lembaga delegasi kali ini membuka laluan ke Asia Pacific Incentives and Meetings Event (AIME) yang telah berlangsung pada 19 hingga 21 Februari di Pusat Konvensyen dan Pameran Melbourne.
Bergerak sebagai tuan rumah, AIME berjaya menarik lebih dari 350 pempamer dan 400 pembeli dengan anggaran jumlah seramai 3,000 pengunjung yang hadir.
AIME memegang peranan sebagai platform penting bagi pemimpin global untuk terlibat dalam kerjasama perniagaan, ruang bagi pertukaran idea dan pendapat serta meluaskan lagi rangkaian perniagaan.
Ketua Pegawai Eksekutif MyCEB, Azman Tambi Chik berkata, pihaknya kini dalam usaha untuk mengembalikan kecemerlangan industri acara perniagaan negara secara agresif dengan bersikap proaktif dalam semua bidang.
“Kami juga turut berhasrat meletakkan Malaysia sebagai destinasi utama bagi acara perniagaan antarabangsa dengan mengiktiraf potensi untuk menghasilkan peluang persaingan dan memupuk kerjasama penting.
“Usaha ini dapat disaksikan menerusi keberadaan kami di sini, (AIME) yang secara efektif membolehkan kami menyediakan maklumat terkini tentang pembangunan Malaysia kepada perdagangan pelancongan antarabangsa,” katanya.
AIME menggalas tanggungjawab besar dalam memperkenalkan Malaysia dan rakan kongsi kepada audien global profesional dalam industri acara perniagaan melalui pelbagai saluran digital.
Sistem padanan yang unik memastikan perbincangan peribadi bersama pembeli atasan membawa kepada pertukaran yang signifikan.
Penglibatan secara berterusan MyCEB dalam AIME sejak 2011 menunjukkan keberkesanan dan manfaat platform ini kepada landskap acara perniagaan Malaysia.
Bercakap mengenai strategi pada tahun ini, Azman menjelaskan bahawa MyCEB akan mengambil pendekatan yang lebih berani dan langkah proaktif dalam mendorong industri perniagaan Malaysia lebih maju ke hadapan.
"MyCEB menekankan strategi yang mendorong industri ini lebih maju ke hadapan dengan tumpuan yang jelas memperlihatkan Malaysia sebagai destinasi pilihan yang berbeza, hasil daripada kadar pertukaran kompetitif dan tawaran infrastruktur yang kukuh.
“Strategi kami direka untuk mengguna pakai ciri-ciri ini secara berkesan, dengan peranan penting MyCEB sebagai pendorong dan melalui program bantuan dan insentif, kami bertujuan untuk sepenuhnya mengambil manfaat daripada kelebihan ini,” ujarnya.
Tambahnya lagi, pihaknya akan berusaha mencari peluang untuk melibatkan diri dalam penyertaan acara-acara penting termasuk Kongres Antarabangsa Perubatan Tropika dan Malaria (ICTMM) 2024, Enlit Asia 2024 dan Battle of The Reds.
Terdahulu, AIME berjaya menarik seramai 28,580 peserta ke Malaysia dan menghasilkan impak ekonomi yang dianggarkan sebanyak RM 445 juta sekaligus menyaksikan Malaysia menerima perhatian yang besar dari media antarabangsa dan tempatan.
Astro Awani
Sun Feb 25 2024
Norhafizah mengadakan perbincangan dinamik mengenai landskap acara perniagaan yang berkembang maju di Malaysia. - Foto MyCEB
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
'Made in Malaysia' - Apple punyai 19 kilang pembekal di negara ini
Malaysia merupakan salah satu negara yang mempunyai beberapa kilang pembekal yang menawarkan komponen kepada Apple.
SPRM lancar bilik gerakan PRK Kuala Kubu Baharu
SPRM melancarkan bilik gerakan, bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa.
WEF anjur mesyuarat khas di Arab Saudi ketika suhu geopolitik Asia Barat memanas
WEF keluar dari kelazimannya dengan menganjurkan mesyuarat khas dua hari, 28-29 April 2024 di Riyadh, Arab Saudi.
Malaysia bina daya tarikan destinasi acara perniagaan pilihan pasaran China di IT&CM China 2024
Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) melengkapkan kehadiran tahun ke-11 ke Incentive Travel & Conventions Meetings (IT&CM China) 2024 yang dijadualkan telah berlangsung 26 hingga 28 Mac.
Program 'Ramadan Rays of Care' MyCSR dekati pesakit kanser, petugas perubatan
Para pegawai MyCEB agih hamper snek sihat kepada 100 pesakit dan 30 pengamal perubatan di Institut Kanser Negara.
MyCEB mengukuhkan industri acara perniagaan melalui sesi rangkaian dinamik
Malaysia Convention & Exhibition Bureau (MyCEB) telah mengambil pendekatan proaktif dengan mengumpulkan lebih daripada 250 pemain industri melalui sesi rangkaian pertama yang diadakan pada tahun ini.
MyCEB bekerjasama dengan ACMAR Marketing Xiamen, kembang sayap ke China
AMCAR Marketing Xiamen akan menjadi penghubung MyCEB dengan rakan seangkatan perniagaan di China, memperkemas komunikasi dan memupuk perkongsian memanfaatkan kedua-dua pihak.
MyCEB jangkakan lebih 270 acara pada 2024
Pada tahun lepas, Malaysia menjadi lokasi bagi penganjuran 253 acara merangkumi mesyuarat, insentif, persidangan dan pameran pelancongan.
MyCEB mengambil pendekatan proaktif bagi keterjaminan acara perniagaan
MyCEB menjalinkan kerjasama dengan tujuh organisasi acara perniagaan utama untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi global terkemuka, diperkenalkan di AIME Melbourne.
MyCEB perkukuh industri acara perniagaan melalui pertukaran idea serantau
Selepas menjalin kerjasama di Indonesia, MyCEB membuat kunjungan hormat ke Thailand Convention & Exhibition Bureau (TCEB).
MyCEB, ASTINDO jalin kerjasama dua hala bagi perkuat industri acara perniagaan
Kolaborasi dalam usaha pemasaran dan promosi bersama bagi sektor perniagaan melalui perkongsian maklumat penyelidikan untuk tujuan kempen, inisiatif, program dan projek.
MyCEB rai peranan rakan media dalam kemajuan industri acara perniagaan
Majlis makan petang 'Sesi Suai Mesra MyCEB Bersama Media: Sejuta Hubungan, Satu Cerita' dihadiri oleh 60 orang wakil kehormat daripada media terkemuka.
MyCEB julang industri acara perniagaan Malaysia pada IBTM World 2023
Berlangsung 28-30 November di Fira Barcelona Gran Via, ia bukti usaha keras memartabatkan negara sebagai destinasi acara perniagaan pilihan di rantau Asia.