IPOH: Pembaikan serta pemulihan Kompleks Sejarah Pasir Salak dijangka menelan belanja yang tinggi ekoran kerosakan bangunan bersejarah tersebut terlalu banyak.
Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, meskipun belum menerima jumlah sebenar kos membaiki serta memulihkan kompleks tersebut, pihaknya sedia maklum ia memerlukan belanja yang tinggi.
Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri mengalu-alukan pihak swasta yang berminat untuk mengurus atau mengambil alih kompleks tersebut bagi membolehkannya kembali beroperasi seperti sebelum ini.
Menurutnya, usaha membaiki serta memulih kompleks berkenaan telah dibangkitkan di dalam mesyuarat Exco sebelum ini di mana Pengerusi Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan negeri, Datuk Nolee Ashilin Mohammed Radzi diberi tanggungjawab untuk melihat mengenainya.
"Kita belum dapat kos sebenar tapi kita sedia maklum kos agak tinggi... ia melibatkan pemuliharaan kepada bangunan yang sudah terbiar dan ada banyak kayu yang telah reput.
"Kita akan tengok kos sekiranya kerajaan negeri mampu kita akan gunakan wang kerajaan negeri dan kalau tidak mampu kita kena mohon bantuan daripada kerajaan Pusat," katanya.
Beliau berkat demikian kepada pemberita ketika ditemui selepas Program Mesra Hari Bertemu Pelanggan Kerajaan Negeri Perak 2022, di Stadium Indera Mulia, di sini, hari ini.
Saarani berkata, pihak swasta yang berminat menguruskannya boleh mengemukakan kertas cadangan kerana apa yang penting bukan sahaja memulihara tetapi juga penyelenggaraanya.
"Kita (kerajaan negeri) mungkin ada duit nak memulihkannya tetapi nak pastikan ia diselenggara setiap hari memerlukan operator," katanya.
Baru-baru ini, media melaporkan keadaan Kompleks Sejarah Pasir Salak yang satu ketika dahulu gah tetapi kini semakin hilang seri apabila beberapa bangunan di situ sudah reput dan tidak lagi boleh dikunjungi orang ramai.
Tinjauan mendapati semua Rumah Kutai yang terdapat di kompleks tersebut tidak boleh dimasuki pengunjung termasuklah Galeri Sejarah Negeri Perak.
Hanya beberapa tugu dan terowong masa yang masih boleh dikunjungi pelawat.
Abd Razak Mohd Ali
Tue Aug 16 2022

Pembaikan serta pemulihan Kompleks Sejarah Pasir Salak dijangka menelan belanja yang tinggi ekoran kerosakan bangunan bersejarah tersebut terlalu banyak, kata Menteri Besar Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad. - Gambar fail

Tiada dokumen sulit ditemui di rumah Joe Biden
Pencarian selama empat jam itu berkaitan siasatan berhubung pengendalian dokumen sulit kerajaan AS.

Pemandu maut, treler terbalik di Lebuhraya Utara-Selatan
Kemalangan melibatkan sebuah treler muatan minyak hitam dan diesel yang terbabas di pembahagi jalan dan terbalik.

COVID-19: Myanmar lanjut sekatan hingga akhir Februari
Pelanjutan itu merangkumi semua sekatan COVID-19 yang tamat tempoh pada 31 Januari.

Polis buka kertas siasatan kenyataan berbaur perkauman
Polis menerima satu laporan berhubung video tular yang dimuat naik oleh pihak terbabit.

Bajet 2023: Kementerian tumpu R&D pasarkan produk ke antarabangsa
Katanya, negara terlalu bergantung kepada import dan pada masa sama perlu memastikan agar penerimaan produk dapat dikekalkan.

Arab Saudi bakal anjur Piala Asia 2027
Meskipun merupakan antara pasukan terbaik di benua ini, negara itu tidak pernah berpeluang menganjurkan kejohanan tersebut.

Satu pertiga kerusi Parlimen buat Sabah, Sarawak masih di peringkat perbincangan - Fadillah
Fadillah berkata penyelesaian perkara itu akan mengambil masa dua hingga tiga tahun kerana ia perlu melalui banyak peringkat.

Pelajar UiTM maut, rakan cedera parah selepas motosikal dilanggar van
Seorang pelajar Universiti Teknolgi MARA (UiTM) maut manakala rakannya cedera parah selepas motosikal yang dinaiki mereka dilanggar sebuah van di Simpang Empat Paya Jemerli, dekat Kulim.

Jawatan FIFA kelebihan untuk bangunkan bola sepak negara, dunia - Hamidin
Presiden Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Hamidin Mohd Amin tidak menganggap kejayaannya terpilih sebagai Ahli Majlis FIFA, sebagai pencapaian peribadi.

KKM rangka langkah untuk selesaikan isu-isu berbangkit
Ia melibatkan pelbagai isu seperti kebajikan, kesihatan fizikal dan mental petugas kesihatan, gaji saksama dan jaminan pekerjaan.

Projek baiki Kompleks Sejarah Pasir Salak libatkan kos tinggi
Kerajaan negeri mengalu-alukan pihak swasta yang berminat untuk mengurus atau mengambil alih kompleks tersebut.