awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek ECRL: Kos pembinaan jimat RM11.01 bilion hasil rundingan semula kontrak

Astro Awani
Astro Awani
22/12/2022
05:56 MYT
Projek ECRL: Kos pembinaan jimat RM11.01 bilion hasil rundingan semula kontrak
Projek ECRL dijangka siap mengikut jadual ditetapkan iaitu pada Disember 2026. - Bernama
KUALA LUMPUR: Kos pembinaan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang menghubungkan negeri-negeri di Pantai Timur sepanjang 665 kilometer (km) dijimatkan sebanyak RM11.01 bilion hasil beberapa siri rundingan semula kontrak ECRL yang telah dimuktamadkan pada 2019 dan 2022.
Kementerian Pengangkutan dalam kenyataan berkata, pengurangan kos pembinaan melibatkan pelaksanaan Kejuruteraan Nilai yang menyeluruh dan penjajaran semula landasan ECRL pada Seksyen C membabitkan Temerloh-Serendah-Pelabuhan Klang.
"Untuk makluman, Kos Pembangunan Keseluruhan untuk ECRL 1.0 adalah berjumlah RM85.97 bilion merangkumi kos pembinaan sebanyak RM66.78 bilion dan kos pembangunan lain seperti Faedah Semasa Pembinaan pengambilan tanah, pemindahan utiliti dan yuran sambungan dan perbelanjaan mengurus berjumlah RM19.19 bilion.
"Sebagai perbandingan, Kos Pembangunan Keseluruhan untuk ECRL 3.0 yang sedang dalam pembinaan kini dianggarkan berjumlah RM74.96 bilion, terdiri daripada kos pembinaan yang jauh lebih rendah iaitu sebanyak RM50.27 bilion.
"Manakala, kos pembangunan lain seperti Faedah Semasa Pembinaan, pengambilan tanah, pemindahan utiliti serta yuran sambungan dan perbelanjaan mengurus adalah berjumlah RM24.69 bilion," demikian menurut kementerian tersebut pada Khamis.
Kementerian Pengangkutan menambah melalui kos pembinaan sebanyak RM50.27 bilion, rakyat Malaysia kini dapat menikmati projek ECRL yang telah ditingkatkan nilainya bagi perkhidmatan penumpang dan kargo.
Ia melibatkan iaitu pembinaan rel sepanjang 665km dari Kota Bharu ke Pelabuhan Klang, pembinaan 20 stesen, pembinaan Serendah Bypass yang melancarkan pergerakan kargo dari utara serta pemanjangan rel dari Stesen Jalan Kastam ke kedua-dua terminal Westport dan Northport.
Pada masa yang sama, Kementerian Pengangkutan menzahirkan penghargaan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim atas sokongan berterusan untuk memastikan projek ECRL dapat disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan, seterusnya memberi manfaat kepada rakyat dan negara.
Projek ECRL dijangka siap mengikut jadual ditetapkan iaitu pada Disember 2026.
Pantau Kerajaan Baharu di laman mikro Astro AWANI
Topic Berkaitan
#ECRL
#kos pembinaan
#Projek Laluan Rel Pantai Timur
#Kementerian Pengangkutan
#PM10
#Tumpuan PM10
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan