KUALA LUMPUR: Kementerian Pengangkutan memaklumkan tiada sebarang pengambilan tanah dibuat setakat ini melibatkan kawasan Taman Sungai Sireh, Pelabuhan Klang bagi tujuan Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL).
Menterinya, Anthony Loke berkata sebarang pengambilan tanah memerlukan proses tertentu, dan jika ia telah dibuat, sudah tentu Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) akan mengeluarkan notis pemakluman rasmi kepada penduduk yang terlibat.
Selain itu, beliau menegaskan pampasan yang setimpal akan diberikan bagi setiap pengambilan tanah penduduk.
"Kalau belum dimaklumkan, mungkin tapak tanah itu tidak diambil. Jadi tak payah (dengar) apa-apa khabar angin.
"Kalau betul ia diambil, mereka akan dimaklumkan... jadi tak perlu bimbang. Saya dah sentiasa mengingatkan pihak MRL dan pihak MRL, sebuah agensi yang telahpun bertahun-tahun (mengendalikan projek) dan bukannya syarikat baharu," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Beliau berkata demikian menjawab celahan Dr Halimah Ali (PN-Kapar) ketika penggulungan perbahasan Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Menurut Dr Halimah, sekurang-kurangnya 90 buah rumah Taman Sungai Sireh didakwa akan dirobohkan dan ia menimbulkan kegusaran dalam kalangan penduduk.
Beliau turut difahamkan, aduan telah dibuat dan penduduk mendakwa belum menerima sebarang pemakluman secara bersemuka oleh pihak berkaitan berhubung isu pengambilan tanah bagi projek ECRL melibatkan jajaran Gombak ke Pelabuhan Klang.
"Mereka mohon bertemu dengan pihak berwajib untuk pastikan rumah mereka yang kena (ambil tanah), (adakah) perlu ke mereka pindah, ada ke jajaran baharu atau berapa pampasan diberikan sekiranya tempat mereka tidak dapat dielakkan?," katanya.
Menjawab lanjut, Loke (PH-Seremban) berkata sekiranya benar tanah penduduk di kawasan berkenaan telah diambil, kementerian akan melakukan semakan dan memastikan MRL bertemu dengan mereka yang terkesan.
"Pampasan sudah tentu setimpal dengan penilaian.
"Prinsip ganti rugi yang digunakan sepanjang jajaran adalah tidak pilih kasih dan adil. Semua pampasan tanah sudah tentu berdasarkan penilaian yang dibuat oleh juru penilaian (tanah)," tambah Loke.
Pada 29 Julai lalu, MRL memaklumkan proses pengambilan tanah di sekitar Taman Sungai Sireh, hanya akan bermula setelah semua proses dan prosedur undang-undang yang selaras dengan Akta Pengambilan Tanah (APT) 1960, dilaksanakan.
Selain itu, proses pengambilan tanah di kawasan tersebut, juga akan mengambil kira pelbagai aspek dalam memastikan prosedur yang adil diberikan kepada semua pihak terlibat.
Hasimi Muhamad
Tue Sep 19 2023
Anthony berkata, Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) akan mengeluarkan notis pemakluman rasmi kepada penduduk yang terlibat jika pengambilan tanah dibuat. - Foto/Jabatan Penerangan
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Pemain ragbi meninggal dunia selepas perlawanan pasukan pilihan MB Kedah
Seorang bekas pemain Sukma Kedah meninggal dunia selepas menyertai perlawanan pertunjukan pasukan pilihan Menteri Besar Kedah pada Ahad.
OCC: Masih banyak usaha perlu dibuat dalam isu hak kanak-kanak
Masih banyak yang perlu dilakukan kerana Malaysia masih ketinggalan berbanding negara lain dalam menangani isu penderaan dan masalah sosial melibatkan kanak-kanak.
iPad Pro mungkin dijana dengan cip Apple M4 terbaharu, fokus ciri AI
Cip Apple M4 dijangka memfokuskan kepada keupayaan enjin neural yang disertakan bersama dengannya membolehkan ia menawarkan ciri AI yang lebih baik.
Lebih 840,000 permohonan untuk London Marathon 2025 pecah rekod dunia
Jumlah permohonan untuk menyertai larian TCS London Marathon tahun depan telah memecahkan rekod dunia.
WEF: Anwar jumpa 50 pemimpin industri & perniagaan, yakin pelabur bernilai tinggi pilih Malaysia
Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan keyakinan lebih banyak pelabur bernilai tinggi akan memilih Malaysia sebagai destinasi pelaburan mengikut jejak langkah syarikat-syarikat gergasi seperti Tesla, AWS, Infineon dan Nvidia.
AWANI Ringkas: Ikut jejak syarikat gergasi lain
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Bursa Malaysia dibuka tinggi seiring prestasi Wall Street
Bursa Malaysia dibuka rendah pada Isnin, mengambil petunjuk pasaran serantau dan kenaikan di Wall Street pada hari Jumaat.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
MOT cadang perkenal perkhidmatan komuter sokong RTS Link
Kementerian Pengangkutan bercadang memperkenalkan perkhidmatan komuter bagi menyokong projek RTS Link yang akan beroperasi sepenuhnya pada 1 Jan 2027.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Malaysia nyata minat jadi tuan rumah Seatrade Cruise Asia 2026 - MOT
Pelanggan dinasihatkan untuk sentiasa memeriksa etihad.com untuk maklumat terkini mengenai pelepasan penerbangan mereka.
Keselamatan KLIA: Belum ada rancangan pasang alat pengesan logam - Anthony Loke
Sebarang langkah mengubah SOP termasuk di KLIA perlu mengambil kira beberapa aspek sebelum dilaksanakan.
Puluhan ribu penumpang dijangka banjiri lapangan terbang mulai hari ini - Loke
Waktu kemuncak ialah Sabtu dan Ahad kerana ramai mengambil cuti sempena perayaan Aidilfitri yang dijangka disambut pada 10 April ini.
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah, Sarawak ditempah sepenuhnya - Anthony Loke
Kebanyakan penerbangan dari Kuala Lumpur ke Sabah dan Sarawak sudah ditempah sepenuhnya sempena cuti Hari Raya Aidilfitri.
Kementerian Pengangkutan yakin ECRL siap Disember 2026, mula operasi Januari 2027 - Loke
Kementerian Pengangkutan yakin Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) akan dapat disiapkan mengikut jadual pada Disember 2026 dan beroperasi bermula Januari 2027.
Aidilfitri: Jualan tiket bas di TBS laris, laluan ke Pantai Timur habis - Anthony
Sebanyak 220,000 daripada kira-kira 330,000 tiket bas ekspres di Terminal Bersepadu Selatan (TBS) untuk perjalanan sempena Hari Raya Aidifltiri telah terjual.
Pengendali terminal bas di Semenanjung wajib mohon lesen terminal - Loke
Pelesenan terminal adalah penting bagi penyeragaman kawal selia dalam memastikan kemudahan, keselamatan dan tahap perkhidmatan terminal pengangkutan sentiasa berada di tahap terbaik.