awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek Empangan Nenggiri bukan punca gajah liar ganggu penduduk

Bernama
Bernama
16/02/2023
07:14 MYT
Projek Empangan Nenggiri bukan punca gajah liar ganggu penduduk
Mohd Amar berkata, kebiasaannya Perhilitan akan memberi laporan berkenaan kejadian terbabit kepada pihaknya kerana ia perlu diteliti terlebih dahulu. - Gambar fail
MACHANG: Projek Empangan Hidroelektrik Nenggiri di Gua Musang yang sedang berjalan ketika ini bukanlah faktor utama berlaku pencerobohan gajah liar di sekitar kawasan penempatan penduduk sehingga mengganggu keselamatan mereka.
Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, kebiasaannya Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) akan memberi laporan berkenaan kejadian terbabit kepada pihaknya kerana ia perlu diteliti terlebih dahulu.
"Biasanya isu yang melibatkan binatang liar ini kena rujuk Perhilitan sebab mereka lebih tahu, cuma pada pandangan saya projek empangan Nenggiri bukan faktor utama berlakunya gangguan haiwan liar ini di kawasan penempatan penduduk dekat Gua Musang," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Sukatan Gantang bagi Beras Skim It'Aam di Dataran Kemahkotaan, di sini hari ini yang turut dihadiri Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Bioteknologi, Teknologi Hijau dan Alam Sekitar negeri Tuan Saripuddin Tuan Ismail.
Media sebelum ini melaporkan beberapa kejadian pencerobohan gajah liar berlaku di kawasan penduduk dekat Gua Musang seperti Rancangan Pemulihan Tanah (RPT) Lembaga Kemajuan Kelantan Selatan (Kesedar) Sungai Terah, Kampung Lebur Jaya dan beberapa penempatan masyarakat Orang Asli di Pos Belatim, Pos Bihai serta Pos Gob.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Mohd Amar Nik Abdullah
#Empangan Nenggiri
#gajah liar
#hidupan liar
#gangguan habitat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan