awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tiga kluster tibi di Kelantan babit sembilan kes
KBS galak penglibatan lebih ramai wanita dalam sukan
Lebih 80 amaran banjir dikeluarkan di UK, hujan lebat dijangka berterusan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek Fasa Kedua IKMAS mampu ganda bilangan kemasukan pelajar - Nanta

Bernama
Bernama
09/11/2024
20:15 MYT
Projek Fasa Kedua IKMAS mampu ganda bilangan kemasukan pelajar - Nanta
Alexander Nanta (tengah) melawat Projek Pembinaan Fasa Kedua Institut Kemahiran Islam Sarawak (IKMAS), Telaga Air pada Sabtu. - Gambar BERNAMA
KUCHING: Projek Pembinaan Fasa Kedua Institut Kemahiran Islam Sarawak (IKMAS) dapat menggandakan kapasiti dan bilangan kemasukan pelajar ke institut pendidikan tinggi itu kepada 550 penuntut berbanding 290 pada masa ini.
Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek melibatkan fasiliti tambahan bernilai RM34.3 juta dan seluas kira-kira satu hektar itu telah siap sepenuhnya pada Mac lepas dengan perakuan siap kerja (CP) telah dikeluarkan pada 9 Ogos lepas.
"Saya yakin sumbangan Kementerian Kerja Raya (KKR) dalam menguruskan pembinaan bangunan tambahan ini dapat membantu IKMAS mengorak langkah menjadi satu daripada institusi pengajian tinggi yang memiliki keseimbangan dalam aspek akademik dan rohani iaitu akhlak dan jati diri.
"Saya difahamkan, IKMAS melatih pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dalam bidang pengajian Islam dan Tahfiz di peringkat Diploma dan juga sijil Kemahiran Vokasional," katanya ketika berucap pada Majlis Penyerahan Projek Pembinaan Fasa Kedua IKMAS, di sini, pada Sabtu.
Projek berkenaan melibatkan beberapa pembinaan kemudahan antaranya satu blok akademik dua tingkat, masjid, menara tangki air, gelanggang sukan dan tempat parkir kereta serta motosikal.
Nanta turut mengingatkan pihak kontraktor supaya dapat mengekalkan komitmen dan meneruskan tanggungjawab mereka dalam tempoh tanggungan kecacatan (DLP).
"Jabatan Kerja Raya juga hendaklah terus memantau rapi proses pascapenyerahan bangunan supaya tiada perkara yang tertangguh dan dilaksanakan mengikut ketetapan peraturan yang berkuat kuasa," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#IKMAS
#fasa kedua
#Institut Kemahiran Islam Sarawak
#Alexander Nanta Linggi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan