MALAYSIA
Projek gantian SMK Sri Sadong babitkan kos RM28.73 juta siap tahun ini - Nanta

Nanta beramah mesra dengan pelajar SMK Sri Sadong ketika hadir pada majlis penyerahan rasmi projek tersebut kepada Kementerian Pendidikan hari ini. - Gambar/ FB Alexander Nanta Linggi
SIMUNJAN: Projek pembinaan gantian kemudahan pendidikan baharu Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Sadong di sini melibatkan kos RM28.73 juta berjaya disiapkan tahun ini di bawah seliaan Pasukan Projek Khas 2 (PKK2) Jabatan Kerja Raya (JKR).
Ringkasan AI
- Projek pembinaan gantian kemudahan pendidikan baharu SMK Sri Sadong melibatkan kos RM28.73 juta dan berjaya disiapkan tahun ini di bawah seliaan Pasukan Projek Khas 2 Jabatan Kerja Raya. Ia merupakan inisiatif Kerajaan MADANI untuk memperkukuh ekosistem pembelajaran di kawasan luar bandar.
- Projek dilaksanakan secara perundingan konvensional oleh kontraktor Welfield Services Sdn Bhd dan merangkumi pembinaan blok akademik dengan 12 bilik darjah, bengkel, makmal, bilik Program Pendidikan Khas Integrasi, kantin, rumah guru serta pelbagai kemudahan sokongan lain.
- Menteri Kerja Raya menyaksikan penyerahan rasmi projek kepada Kementerian Pendidikan dan menegaskan komitmen kerajaan dalam menyediakan infrastruktur pendidikan moden dan kondusif. JKR diminta terus memantau sebarang aduan kecacatan sepanjang tempoh tanggungan liabiliti kecacatan.
Turut dibina ialah bilik Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI), satu blok kantin, lima unit rumah guru kelas F serta pelbagai kemudahan sokongan lain bagi melengkapkan prasarana sekolah berkenaan.
Nanta hadir bagi menyaksikan penyerahan rasmi projek tersebut kepada Kementerian Pendidikan (KPM) dalam satu majlis yang diadakan di sekolah berkenaan hari ini.
Beliau berkata kejayaan pelaksanaan projek ini membuktikan komitmen berterusan kerajaan untuk menyediakan infrastruktur pendidikan yang moden, berkualiti dan kondusif bagi menyokong kecemerlangan pelajar serta menyeimbangkan kualiti pendidikan antara bandar dan luar bandar.
"Saya ingin merakamkan penghargaan kepada Kementerian Pendidikan atas kepercayaan serta kerjasama yang diberikan kepada Kementerian Kerja Raya dan JKR, khususnya dalam aspek penyeliaan tapak hingga projek ini dapat disiapkan dengan jayanya," katanya.
Pada masa sama, beliau turut meminta JKR agar terus memantau serta bekerjasama rapat dengan pihak kontraktor dalam menyelesaikan sebarang aduan kecacatan sepanjang tempoh tanggungan liabiliti kecacatan (DLP) mengikut peraturan ditetapkan.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami