KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa kerajaan memutuskan projek naik taraf Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2) akan diteruskan oleh Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd.
Peguam Kanan Persekutuan Asliza Ali berkata perkara itu diputuskan semasa mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Mei lepas.
Beliau yang mewakili kerajaan dan Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee Ka Siong dalam satu kes saman memaklumkan demikian semasa pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Hakim Datuk Lim Chong Fong hari ini.
"Projek KVDT2 diteruskan oleh Dhaya Maju LTAT dengan kos kontrak sebanyak RM4.475 bilion dikekalkan dengan skop projek serta terma pelaksanaan dikekalkan sebagaimana yang dipersetujui dalam Surat Setuju Terima pada 19 Ogos 2019," katanya ketika dihubungi, hari ini.
Sehubungan itu Asliza berkata pihak-pihak dalam kes saman itu telah mencapai persetujuan untuk menyelesaikan kes saman berkenaan.
"Pihak plaintif (Dhaya Maju) akan menarik balik kes saman itu selepas kontrak itu ditandatangani oleh kedua-dua pihak (kerajaan dan Dhaya Maju).
"Mahkamah menetapkan 30 Jun ini untuk pihak-pihak memaklumkan mengenai perkembangan penyelesaian kes saman tersebut," katanya.
Pada 27 Okt 2020, Dhaya Maju LTAT memfailkan saman terhadap kerajaan, Wee, Opus Consultants (M) Sdn Bhd dan Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) selaku responden berhubung penamatan kontrak syarikat itu dalam projek KVDT2.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, Dhaya Maju LTAT antara lain mendakwa bahawa sehingga kini, notis penamatan rasmi tidak diserahkan kepada syarikat itu dan ia langsung tidak menyedari tentang penamatan itu sehinggalah ia diumumkan Wee dalam satu kenyataan media.
Selain ganti rugi, Dhaya Maju LTAT iaitu syarikat usahasama Dhaya Maju Infrastructure (Asia) Sdn Bhd dan Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT) yang diperbadankan pada 5 Jun 2017 di bawah Akta Syarikat 2016, memohon deklarasi bahawa keputusan menamatkan kontrak itu adalah tidak sah dan batal.
Pertikaian itu timbul selepas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz mengeluarkan senarai 101 projek bernilai RM6.61 bilion yang dianugerahkan menerusi rundingan terus semasa pentadbiran Pakatan Harapan dan ia turut membabitkan projek KVDT2 bernilai RM4.475 bilion yang diberikan kepada Dhaya Maju LTAT.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Jun 13 2022

Peguam Kanan Persekutuan Asliza Ali berkata perkara itu diputuskan semasa mesyuarat Jemaah Menteri pada 18 Mei lepas. - Gambar hiasan/ Bernama
Kunjungan Presiden Republik Maldives mencerminkan hubungan erat dua negara
Perdana Menteri Malaysia mengalu-alukan kedatangan Presiden Republik Maldives dan pegawai tinggi dari Maldives. Kunjungan ini mencerminkan hubungan erat antara dua negara.
#AWANInews
#AWANInews

5 aspek penting untuk pelabur dalam kemasukan EV China ke Malaysia
Kemasukan kereta elektrik (EV) dari China ke Malaysia telah mencetuskan gelombang perubahan besar dalam industri automotif negara.

Khazanah laut berusia 800 tahun: Terumbu karang purba dijumpai di Laut Merah
Keajaiban semula jadi itu berpotensi menjadi tarikan utama pelancong ke AMAALA menerusi aktiviti selam.

Eain Yow, Rachel naib juara di Washington
Nasib tidak menyebelahi pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow apabila tewas pada aksi final Squash on Fire Open 2025 di Washington.

Titah Adendum: Peguam Negara dibenar merayu keputusan Mahkamah Rayuan
Mahkamah berpuas hati persoalan undang-undang yang dikemukakan dengan menyentuh isu kepentingan awam.
AWANI Pagi: World OSH Day: Revolusi keselamatan dan kesihatan pekerjaan melalui AI dan pendigitalan
Sempena sambutan World OSH Day, AWANI Pagi membawakan diskusi mengenai revolusi dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan, menerusi adaptasi teknologi kecerdasan buatan (AI) dan pendigitalan. Perbincangan bersama Ts Mohd Soffian Osman, Perunding Keselamatan & Kesihatan dari Safety Management Academy, akan mengupas bagaimana inovasi ini mengubah pendekatan pengurusan risiko di tempat kerja dan meningkatkan kesejahteraan pekerja secara keseluruhan.

The Reds kembali memuncak: Liverpool rampas kejuaraan Liga Perdana ke-20!
Gelaran ini menjadikan Liverpool setaraf dengan Manchester United dari segi jumlah kejuaraan Liga Perdana Inggeris.

Strategi Malaysia mengatasi kesan tarif AS terhadap ekonomi
Kerajaan perlu mengambil langkah segera untuk mengurangkan kesan ini dan memastikan kelangsungan pertumbuhan ekonomi negara.

Kilang proses ayam di Kulim diarah tutup
Tindakan itu diambil selepas pemeriksaan mendapati, premis berkenaan mengalirkan air sisa buangan tanpa rawatan.

Presiden Maldives diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Presiden Maldives Dr Mohamed Muizzu diberikan sambutan rasmi di Bangunan Perdana Putra.

KVDT2: Anthony Loke desak Tengku Zafrul, Ka Siong senaraikan tender terbuka
Projek KVDT2 sepanjang 265km itu meliputi kawasan dari Salak Selatan ke Seremban dan dari Kuala Lumpur ke Pelabuhan Klang.

Projek Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 diteruskan Dhaya Maju LTAT
Mahkamah Tinggi hari ini diberitahu bahawa kerajaan memutuskan projek naik taraf Landasan Berkembar Elektrik Lembah Klang Fasa 2 (KVDT2) akan diteruskan oleh Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd.

Projek KVDT2: Mahkamah Rayuan beri injuksi Erinford kepada Dhaya Maju
Dhaya Maju LTAT Sdn Bhd hari ini memperoleh injuksi Erinford bagi menghalang KTMB daripada mengambil tindakan selanjutnya untuk membatalkan lesen syarikat pembinaan bagi menduduki tapak projek KVDT2.

Pengangkutan awam diasak impak COVID-19, khidmat e-hailing kian berkembang
Situasi mencabar ini menyukarkan lagi pihak pengendali yang sudah sedia diasak tekanan kewangan ketara selain bergelut untuk melonjakkan jumlah kapasiti ke paras sebelum pandemik berlaku.

Kementerian Pengangkutan buka tender KVDT2 - Wee
Proses bidaan untuk projek berkenaan akan dilakukan secara tender terbuka mengikut prosedur yang betul, bukannya secara rundingan terus seperti yang dilakukan sebelum ini.