awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
Kebakaran di tapak pelupusan sampah Pulau Burung berjaya dipadam - Bomba
Taikun media Hong Kong, Jimmy Lai dihukum penjara 20 tahun
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek pembangunan infrastruktur baharu dikenal pasti di Arab Saudi - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
13/10/2016
01:20 MYT
Projek pembangunan infrastruktur baharu dikenal pasti di Arab Saudi - Ahmad Zahid
Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi bersalaman dengan Setiausaha Bahagian Kementerian Dalam Negeri Arab Saudi, Dr Ahmed Mohammad Al Salim ketika tiba di King Khalid International Airport pada 12 Oktober, 2016. - fotoBERNAMA
Malaysia mengenal pasti beberapa projek pembangunan infrastruktur baharu di Arab Saudi yang boleh diusahakan secara kerjasama antara syarikat kedua-dua negara.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata antara projek berkenaan termasuk pembinaan lingkaran jalan raya khususnya di sekitar Makkah dan Jeddah.
"Kita juga akan melaksanakan tindakan susulan terhadap projek-projek yang dikenal pasti untuk dibangunkan oleh syarikat Malaysia yang mempunyai rekod baik dan cemerlang di Arab Saudi," katanya.
Beliau bercakap kepada wartawan Malaysia sebaik tiba di sini, Rabu malam, bersempena lawatan rasminya selama lima hari ke Arab Saudi.
Ahmad Zahid berkata Malaysia juga berminat menjalinkan perkongsian pintar melibatkan syarikat kedua-dua negara dalam pembinaan infrastruktur lain di Arab Saudi.
"Tindakan susulan ini tentunya bukan hanya memberi keuntungan kepada syarikat-syarikat Malaysia tetapi yang penting adalah bagaimana kita dapat turut berikan sumbangan atas kepakaran dan ketrampilan dalam bidang-bidang teknikal.
"Ini sepertimana dilakukan di negara kita untuk diterjemahkan pelaksanaannya di negara ini," katanya.
Ahmad Zahid berkata usaha meneroka peluang baharu itu didorong dengan kejayaan Prasarana Malaysia Berhad dalam mengendalikan Makkah Metro, dan perkhidmatan cemerlang syarikat itu mendapat pengiktirafan kerajaan Arab Saudi.
Sebelum ini, Prasarana Malaysia Berhad telah memberi khidmat terbaik dengan penyediaan tren antara Arafah dan Mina sepanjang operasinya pada musim haji. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Arab Saudi
#Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi
#Jeddah
#Makkah
#Malaysia
#projek pembangunan infrastruktur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan