awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek pembinaan lorong tambahan, Smart Lane PLUS ditutup

Bernama
Bernama
18/09/2025
06:30 MYT
Projek pembinaan lorong tambahan, Smart Lane PLUS ditutup
Penutupan itu sebahagian daripada Projek Pembinaan Lorong Tambahan Lebuhraya Utara-Selatan laluan Senai Utara ke Kulai (Fasa 1 Pakej B) di Johor. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) akan menutup laluan Smart Lane dari Kulai ke Senai di KM26.5 hingga KM19.3 (Arah Selatan) di Lebuhraya Utara-Selatan bermula 22 Sept 2025.
Menurut kenyataan PLUS, penutupan itu sebahagian daripada Projek Pembinaan Lorong Tambahan Lebuhraya Utara-Selatan laluan Senai Utara ke Kulai (Fasa 1 Pakej B) di Johor
Sepanjang tempoh kerja-kerja berkenaan dijalankan, dua lorong sedia ada di laluan terlibat dibuka seperti biasa bagi mengekalkan aliran trafik sedia ada dan meminimumkan gangguan trafik kepada pengguna lebuh raya.
"Pengguna lebuh raya disarankan merancang perjalanan menggunakan aplikasi PLUS bagi mendapatkan maklumat trafik terkini serta mematuhi semua papan tanda dan arahan dikeluarkan petugas PLUS ketika melalui kawasan kerja-kerja pembinaan berkenaan," menurut kenyataan itu.
Untuk maklumat trafik semasa dan bantuan, pengguna boleh merujuk kepada Pembantu Maya PUTRI, aplikasi X@plustrafik atau paparan mesej elektronik (VMS) di lokasi-lokasi terpilih, atau menghubungi talian PLUSLine 1800-88-0000 sekiranya berlaku kecemasan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PLUS
#smart lane
#lorong tutup
#Senai
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan