awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek PKFZ: Phang dibebas daripada tuduhan pecah amanah RM254.85 juta

Bernama
Bernama
09/11/2016
16:10 MYT
Projek PKFZ: Phang dibebas daripada tuduhan pecah amanah RM254.85 juta
Phang dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda. - Gambar hiasan
Mahkamah Sesyen Shah Alam membebaskan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) Datin Paduka O.C. Phang atas tiga pertuduhan pecah amanah melibatkan RM254.85 juta berkaitan projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
Selepas tujuh tahun menghadapi pertuduhan, Hakim Slamat Yahya semalam melepaskan dan membebaskan Phang daripada pertuduhan selepas Jabatan Peguam Negara membenarkan representasi Phang berhubung pertuduhan.
Peguamnya Francis Ng Aik Guan ketika dihubungi berkata pihak pendakwa memohon supaya Phang dibebaskan tetapi tidak terlepas daripada pertuduhan tetapi beliau menolaknya.
Sebaliknya, beliau memohon supaya anak guamnya dibebaskan dan dilepaskan.
"Hakim membenarkan permohonan itu dan membebaskan anak guam saya," kata beliau.
Perbicaraan kes telah bermula dan mahkamah telah mendengar keterangan daripada tiga saksi pihak pendakwa.
Pada Disember 2009, Phang dituduh, sebagai pengurus besar yang diamanah dengan penguasaan ke atas dana dalam akaun di RHB Bank Berhad, telah melakukan pecah amanah melibatkan wang RM98,700,000 di Lembaga Pelabuhan Klang di Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang, antara 1 Oktober 2004 dan 5 September 2005.
Dia juga dituduh melakukan dua lagi kesalahan pecah amanah melibatkan RM21,600,000 dan RM134,550,000 di tempat yang sama, masing-masing antara 30 September 2005 dan 9 Mei 2006 dan antara 1 Jun 2005 dan 13 Januari 2006.
Phang dituduh mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kes mahkamah
#Lembaga Pelabuhan Klang
#PKFZ
#tuduhan pecah amanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan