GEORGE TOWN: Kerajaan negeri Pulau Pinang menekankan bahawa pelaksanaan Projek Pulau Selatan Pulau Pinang (PSI) tidak akan memusnahkan pekerjaan dan mata pencarian nelayan seperti yang dinyatakan oleh pihak tertentu malah laluan mereka ke laut akan dipermudahkan tanpa mengira air pasang surut.
Dalam kenyataan hari ini, Penang Infrastructure Corporation (PIC) berkata kerja-kerja penambakan yang dicadangkan tidak akan menghalang nelayan daripada turun ke laut.
"Laluan mereka ke laut akan dipermudahkan oleh saluran navigasi baharu yang membolehkan akses 24 jam ke laut tanpa mengira air pasang surut.
"Inisiatif ini akan menjadi satu penambahbaikan kepada nelayan memandangkan mereka perlu menunggu air pasang untuk ke laut pada masa sekarang," menurut kenyataan itu.
Selain itu, kerajaan negeri juga telah merangka skim Pelan Pengurusan Impak Sosial (SIMP) pada 5 Feb 2021 untuk membantu nelayan yang terkesan dengan projek PSI dengan menaik taraf tahap sosioekonomi mereka sejajar dengan pembangunan PSI telah diumumkan.
Menurut PIC, Skim SIMP tidak hanya terhad kepada bayaran ex gratia semata-mata tetapi merangkumi bantuan bot dan enjin, pakej pemerkasaan dan skim perumahan iaitu kerajaan negeri telah menawarkan ex gratia sebanyak RM20,000 kepada tekong dan RM12,960 kepada awak-awak di tahap 1 dan RM13,200 kepada tekong dan RM5,400 kepada awak-awak di tahap 2.
"Tawaran pembayaran ex gratia dalam projek PSI adalah yang tertinggi di negara ini jika dibandingkan dengan projek tambakan yang lain. Sebanyak 345 nelayan yang berkelayakan telah mendaftarkan diri untuk skim SIMP sehingga hari ini dan 328 nelayan telah menerima bayaran awal RM500.
"Baki daripada bantuan kewangan ex gratia seperti yang dijanjikan akan diberikan oleh Kerajaan negeri selepas kelulusan penilaian impak alam sekitar (EIA) dan pelan pengurusan alam sekitar (EMP) diperoleh," katanya.
Manfaat lain di bawah skim SIMP termasuk jeti baharu untuk unit nelayan Tahap 1 peluang pekerjaan dan perniagaan, program latihan kemahiran, skim pemilikan rumah dan sokongan pendidikan untuk anak-anak mereka yang masih bersekolah.
"Ini jelas menunjukkan komitmen Kerajaan Negeri dalam meneruskan projek PSI yang akan memberikan impak positif bagi pertumbuhan ekonomi negeri," menurut kenyataan itu.
Media sebelum ini (27 Jan) melaporkan Persatuan Nelayan Pulau Pinang (Pen Mutiara) tetap dengan pendirian tidak akan menerima sebarang tawaran daripada kerajaan Pulau Pinang berhubung pelaksanaan PSI yang akan menjejaskan kehidupan mereka, selagi tidak berjumpa dengan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Pengerusinya, Ibrahim Che Rose berkata pihaknya berharap Pejabat Perdana Menteri menyediakan slot untuk perjumpaan bagi membincangkan perkara tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 28 2023

PIC berkata kerja-kerja penambakan yang dicadangkan tidak akan menghalang nelayan daripada turun ke laut. - Bernama

BNM teliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk kestabilan harga
Bank Negara Malaysia (BNM) sedang meneliti perubahan dinamik dalam inflasi untuk mempertimbangkan tahap kestabilan harga yang sesuai yang akan terus menyokong pertumbuhan mampan pada masa hadapan.

Ramadan: Segelintir individu ambil kesempatan mengemis, minta sedekah
Tindakan tegas akan diambil jika terdapat pihak tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan dengan mengemis dan meminta sedekah.

Sukan SEA: Laluan lebih landai bukan jaminan skuad berbasikal lebuh raya raih emas
Laluan lebih landai bagi acara berbasikal lebuh raya di Sukan SEA, bukan jaminan buat skuad berbasikal negara mudah meraih pingat emas pada temasya dwitahunan itu yang akan berlangsung Mei ini.

Liga Super: Safee kecewa penyerang tempatan kurang bermain
Bekas penyerang kebangsaan Safee Sali hampa apabila penyerang tempatan kurang mendapat minit permainan dalam saingan Liga Super 2023 setakat ini.

Shahmalarani tekad pertahan emas di Kemboja
Pingat perak yang diraih di SEAKF ke-10 tidak melunturkan semangat C. Shahmalarani untuk mempertahankan pingat emas dimenanginya di Sukan SEA, Kemboja pada Mei ini.

Ujian tekanan buktikan institusi kewangan berdaya tahan walaupun di bawah simulasi kejutan teruk
BNM berkata keputusan ujian tekanan terus mengesahkan daya tahan institusi kewangan walaupun di bawah simulasi kejutan yang teruk.

CBP rasmi outlet Ar Rahnu pertama di Gombak
Co-opbank Pertama (CBP) merasmikan outlet Ar Rahnunya yang pertama di KL Traders Square, Kuala Lumpur.

Wanita Malaysia jana lebih RM176 juta pada 2022 sebagai hos - Airbnb
Airbnb berkata wanita Malaysia secara kolektif memperoleh lebih RM176 juta pada 2022 dengan membenarkan hartanah mereka dibuka kepada tetamu sebagai rumah inap dan merasai pengalaman jangka pendek.

WHO cadang masuk ubat obesiti sebagai ubatan penting
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mencadangkan ubat obesiti dimasukkan dalam senarai ubat-ubatan penting yang bakal digunakan sebagai panduan pembelian bagi negara berpendapatan rendah dan sederhana.

PBB laksana undian bawa isu iklim ke mahkamah dunia
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) melaksanakan proses undian bagi menentukan keputusan untuk membawa isu perubahan iklim ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) bagi menentukan kewajipan yang seharusnya dilaksanakan oleh setiap negara dalam memerangi perubahan iklim.

G25 gesa batalkan PSI, bertentangan dengan SDG
Projek PSI bukan sahaja akan menjejaskan pantai Pulau Pinang malah turut melibatkan perairan Kedah dan Perak.

Projek PSI tidak akan musnahkan mata pencarian nelayan - PIC
PIC berkata kerja-kerja penambakan yang dicadangkan tidak akan menghalang nelayan daripada turun ke laut.