awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek rintis agensi tunggal sempadan di 10 pintu masuk negara

Sinar Harian
Sinar Harian
11/11/2023
06:15 MYT
Projek rintis agensi tunggal sempadan di 10 pintu masuk negara
Saifuddin berkata, baki tempoh dua bulan iaitu November dan Disember ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menyusun gerak kerja ke arah pelaksanaan tersebut. - Gambar fail
TUMPAT: Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan memulakan projek rintis agensi tunggal sempadan (SBA) di 10 buah pintu masuk ke negara ini bermula suku pertama tahun hadapan untuk melihat keberkesanan cadangan itu.
Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, baki tempoh dua bulan iaitu November dan Disember ini akan dimanfaatkan sebaik mungkin untuk menyusun gerak kerja ke arah pelaksanaan tersebut.
"Di seluruh negara kita ada 141 pintu masuk, jadi KDN akan pilih yang sibuk untuk perlaksanaan projek ini seperti di Tambak Johor, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur II (KLIAII) dan Lapangan Terbang Kota Kinabalu (Sabah).
"Kita perlu juga ada di pintu masuk unik seperti Rantau Panjang yang sibuk pada musim-musim tertentu sahaja.
"Semua ini kita akan pilih dan sesuaikan dengan pintu masuk terlibat," katanya pada Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Pos Nibong Pasukan Gerakan Am (PGA) di sini pada Sabtu.
Hadir sama, Ketua Setiausaha KDN, Datuk Ruji Ubi; Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay dan Ketua Polis Kelantan, Datuk Muhamad Zaki Harun.
Menurut beliau, sebaik sahaja semua itu selesai KDN akan membuat pelancaran projek rintis tersebut.
Ujarnya, bermula dari situlah KDN akan melihat keupayaan SBA sebelum dilancarkan dengan jayanya selepas ini.
Saifuddin Nasution berkata, pihaknya akan mengutamakan perjawatan sedia ada dalam menggerakkan SBA ini dan jika benar-benar barulah KDN membuat permohonan.
Tambah beliau, langkah itu secara tidak langsung mempercepatkan lagi pelaksanaan SBA ini.
"Selepas ini akan ada penyerahan tugas antara agensi terlibat dengan SBA. Selepas itu akan ada nama khusus untuk SBA.
"Nama itu sedang kita bincang dan putuskan oleh kerajaan selepas ini," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Agensi Tunggal Sempadan
#Saifuddin Nasution
#Sempadan Negara
#Kelantan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan