KUALA TERENGGANU: Projek Rintis Bayaran Bantuan Tanpa Tunai yang dilaksanakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, bermula Februari hingga Julai tahun ini di lokasi-lokasi terlibat, telah menjana transaksi berjumlah RM334,059.
Menterinya Datuk Seri Rina Mohd Harun berkata projek rintis fasa satu bayaran tanpa tunai dengan kerjasama Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) itu, melibatkan penerima bantuan Jabatan Kebajikan Masyarakat di beberapa daerah di Perlis, Kedah dan Melaka, dengan penyertaan 246 premis.
"Satu kajian kebolehlaksanaan projek rintis itu juga telah dilaksanakan pada 14 Jun sehingga 10 Julai 2021, di seluruh lokasi rintis terbabit melibatkan seramai 1,066 peserta dan daripada kajian tersebut sejumlah 845 atau 79.3 peratus peserta memberi sokongan penuh pelaksanaan program ini," katanya di Majlis Pelancaran Peluasan Program Bayaran Bantuan Tanpa Tunai di Taman Sinar Harapan, di sini semalam.
Sehubungan itu, katanya program bayaran bantuan tanpa tunai fasa satu tersebut kini diperluaskan di seluruh Perlis, Kedah, Melaka, dan penambahan tiga lagi negeri iaitu Terengganu, Kelantan serta Selangor, dengan melibatkan 178 premis.
Katanya fasa dua pelaksanaan program tersebut akan bermula awal tahun depan melibatkan Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, manakala fasa tiga pula akan bermula pada 2023 di negeri-negeri lain.
Rina berkata kementerian optimis bahawa peluasan program bayaran tanpa tunai itu merupakan program berimpak tinggi untuk menambah baik penyampaian kepada penerima banguan JKM, dan ia sejajar dengan Rangka Tindakan (Blueprint) Ekonomi Digital Malaysia 2021 dan memacu transformasi perkhidmatan digital sektor awam yang menyokong ke arah kewujudan masyarakat digital.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 23 2021
Rina menyampaikan kad JKM Pay kepada penerima bantuan pada Pelancaran Peluasan Pelaksanaan 'Cashless 2.0' Peringkat Terengganu di Taman Sinar Harapan, Kuala Terengganu, 22 Nov 2021. --fotoBERNAMA
PRK Kuala Kubu Baharu: Isu akademik, Khairul Azhari mahu fokus pilihan raya
Calon PN bagi PRK Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut enggan mengulas kontroversi melibatkan kelayakan akademiknya yang tular.
AWANI Ringkas: Pertembungan PKR, PN, PRM & Bebas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Asia B-23: Empat senario Indonesia buru tiket Olimpik Paris
Indonesia kini boleh bermimpi untuk beraksi di pentas Sukan Olimpik Paris tahun ini kerana mereka sekurang-kurangnya telah dijamin aksi playoff menentang Guinea.
KPJ Healthcare, Trustr bergabung untuk revolusi penjagaan kesihatan
Kolaborasi itu akan memfokuskan kepada memanfaatkan rangkaian kesihatan digital inovatif Trustr yang dipacu teknologi AI.
UMT bakal miliki rumah alumni bernilai RM2.2 juta
Universiti Malaysia Terengganu (UMT) merancang memiliki rumah alumni sebagai pusat sehenti, bagi memperkukuh jaringan kerjasama dengan bekas pelajar, industri dan universiti.
Piala Thomas: Pengalaman Aaron Chia-Soh Wooi Yik gagal ditandingi beregu Hong Kong
Hanya 26 minit sahaja diperlukan bekas juara dunia, Aaron Chia-Soh Wooi Yik untuk memastikan Malaysia meraih mata kedua dalam saingan Piala Thomas pagi tadi.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Pemain perseorangan profesional negara, Lee Zii Jia berjaya meraih kemenangan ke atas Lee Cheuk Yiu 21-18, 21-18 dalam perlawanan Kumpulan D pagi tadi.
Filem Oppa beri kesedaran jenayah love scam
Filem kesedaran mengenai jenayah LOVE scam bertajuk 'Oppa' bakal menemui anda pada 9 May ini dengan membawa mesej tentang penipuan dalam talian yang seringkali menyasarkan golongan wanita.
[INFOGRAFIK] Calon Perpaduan | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perpaduan bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
[INFOGRAFIK] Calon Perikatan Nasional | N.06 Kuala Kubu Baharu
Apa yang perlu anda tahu tentang calon Perikatan Nasional bagi PRK N.06 Kuala Kubu Baharu.
Isu pusat jagaan antara fokus jawatankuasa khas kabinet lindungi golongan rentan
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) komited untuk menjalin kerjasama dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan PBT.
Sumbangan wanita kepada ekonomi kukuhkan institusi keluarga
Beliau berkata kebelakangan ini, sebahagian besar masalah dan kegagalan rumah tangga disebabkan faktor ekonomi.
Skuad Waja daftar 123,721 sukarelawan - Rina Harun
Seramai 123,721 sukarelawan Skuad Waja telah didaftarkan di seluruh Malaysia setakat 3 Feb lepas sejak ia dilancarkan pada 2021.
16 calon wanita untuk bertanding PRN Johor - Wanita PN
Wanita Perikatan Nasional (PN) mengemukakan sebanyak 16 nama untuk disenaraikan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor 12 Mac ini.
KPWKM jangka penerima bantuan JKM tahun ini cecah 550,000 orang
Penerima bantuan kebajikan di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) pada tahun ini dijangka mencecah 550,000 orang.
5,731 PPS dikenal pasti mampu tampung 1.63 juta mangsa bencana banjir
Penyediaan PPS itu bagi mendepani monsun timur laut yang bermula Oktober lepas dan dijangka berakhir Mac 2022.
Projek Rintis Bayaran Bantuan Tanpa Tunai jana transaksi lebih RM300,000
Projek melibatkan penerima bantuan JKM di beberapa daerah di Perlis, Kedah dan Melaka, dengan penyertaan 246 premis.
Modul Skuad Waja akan ditambah baik
Modul yang digunakan sekarang bagi melatih sukarelawan adalah untuk menerapkan pengetahuan berkaitan kemahiran peringkat asas.
PRN Melaka: Enam calon wanita bukti keprihatinan kepimpinan PN - Rina
Beliau yakin calon yang dipilih berwibawa dan mampu memberi kemenangan kepada PN.
Bajet 2022 mampu perkasa golongan wanita - Rina
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menyifatkan Bajet 2022 mampu memperkasa golongan wanita dan institusi kekeluargaan ketika pasca pandemik serta banyak memberi manfaat kepada pel