awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek rundingan terus bercanggah manifesto PH - Annuar Musa

Bernama
Bernama
27/08/2020
07:33 MYT
Projek rundingan terus bercanggah manifesto PH - Annuar Musa
Annuar tidak menjadikan satu projek yang diterima kementeriannya menerusi secara rundingan terus sewaktu pentadbiran lepas sebagai isu atau masalah. - Gambar BERNAMA
Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa tidak menjadikan satu projek yang diterima kementeriannya menerusi secara rundingan terus sewaktu pentadbiran lepas sebagai isu atau masalah.
Annuar berkata, apa yang menjadi masalah adalah kerana kaedah rundingan terus bercanggah dengan manifesto Pakatan Harapan (PH).
"Masalahnya adalah kerana kerajaan terdahulu yang tidak berkata benar kepada rakyat. Kata (PH) tiada lagi projek rundingan terus dan ditulis pula dalam manisfetonya, tetapi tiba-tiba ada projek (rundingan terus) yang bernilai berbilion-bilion," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas program menyantuni guru dan pelajar Madrasah Tahfiz Al Yamani, Kampung Baru menerusi Program Menyantuni Sekolah melalui inisiatif Wilayah Cakna dalam agenda Wilayah Prihatin, di sini hari ini.
"Saya dah check (siasat), memang ada satu projek rundingan terus yang bernilai lebih RM900,000. Saya pun tak jadikan itu sebagai isu sebab saya tahu sebenarnya projek rundingan terus ini tak salah.
"Projek rundingan terus memang satu dari kaedah perolehan yang dibenarkan dan Menteri Kewangan mempunyai kuasa penuh untuk memilih cara yang mana," katanya.
BACA: Henti politik isu 101 Projek : Saya hanya menjawab soalan - Zafrul
BACA: Guan Eng sifatkan pendedahan Tengku Zafrul sebagai 'penipuan terbesar'
Sebelum ini, Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz di Dewan Rakyat mendedahkan pentadbiran kerajaan PH selama 22 bulan, meluluskan 101 projek atau perolehan kerajaan bernilai RM6.61 bilion secara rundingan terus.
Sementara itu, Annuar berkata soal keperluan sekolah tahfiz perlu ditekankan dalam perancangan dan pembangunan di Kuala Lumpur.
Beliau berkata, pihaknya akan memastikan hal ehwal pendidikan dan pusat tahfiz akan terkandung dalam Pelan Struktur Kuala Lumpur 2020-2040 yang sedang dirangka.
"Saya akan cari jalan untuk kita memanfaatkan pusat tahfiz ini. Bagi saya, dakwah dan tuntutan agama segala-galanya bermula dengan pembelajaran al-Quran yang betul," katanya. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#101 projek
#Annuar Musa
#Manifesto
#Menteri Wilayah Persekutuan
#Pakatan Harapan
#rundingan terus
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan