SHAH ALAM: Kerajaan Selangor akan menyemak semula dengan Kementerian Kewangan (MOF), sama ada peruntukan RM4.7 bilion untuk projek tebatan banjir daripada kerajaan pusat sebelum ini termasuk dalam projek yang akan diteliti semula.
Menteri Besar Selangor Datuk Seri Amirudin Shari berkata beliau akan membuat semakan segera kepada kementerian berkenaan, susulan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas menghadiri sesi taklimat sejurus memulakan tugas secara rasmi sebagai Menteri Kewangan di MOF di sini hari ini.
"Saya kena semak semula kerana ada beberapa projek itu yang mendesak (untuk dilaksanakan). Adakah (RM7 bilion yang diteliti semula itu) termasuk dengan peruntukan RM4.7 bilion yang diberikan oleh bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada kerajaan Selangor.
"Sebab pada Januari tahun hadapan, sudah mula (diserahkan) surat setuju terima," katanya ringkas kepada pemberita di Bangunan Annex, Dewan Negeri Selangor hari ini.
Terdahulu, Anwar mengarahkan kelulusan mutakhir projek tebatan banjir berjumlah RM7 bilion daripada keseluruhan peruntukan sebanyak RM15 bilion yang dilaksanakan melalui rundingan terus tanpa proses tender supaya diteliti semula.
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata kelulusan peruntukan itu tidak akan diteruskan dan akan diteliti semula supaya terdapat prinsip ketelusan dan mematuhi peraturan yang ditetapkan.
Kerajaan di bawah pimpinan Ismail Sabri sebelum ini meluluskan peruntukan sebanyak RM6.3 bilion bagi pelaksanaan pembangunan infrastruktur dan fasiliti penyampaian perkhidmatan di Selangor di bawah Rancangan Boleh Pinda Kedua Tahun 2022 Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Ketika mengumumkan perkara itu pada perasmian Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Selangor 19 Ogos lepas, Ismail Sabri berkata antara projek penting yang akan dilaksanakan ialah lima projek tebatan banjir dengan peruntukan sebanyak RM4.7 bilion.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 06 2022

Amirudin berkata beliau akan membuat semakan segera kepada kementerian berkenaan, susulan pengumuman yang dibuat Perdana Menteri. - Astro AWANI/Shahir Omar

Penduduk Taman Seri Kemuning Indah resah insiden tanah runtuh
Situasi itu semakin membimbangkan penduduk kerana ia berhampiran rumah mereka selain faktor hujan sejak kebelakangan ini.

Tapak perkhemahan: Selangor ambil kira kepentingan semua pihak
Panduan itu merangkumi kategori tapak perkhemahan, perancangan dan kelulusan tapak aktiviti perkhemahan.

Jiwa SME | Menawarkan perkhidmatan dakwah dalam talian
Aspek keagamaan antara perkhidmatan yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam terutama golongan yang sibuk bekerjaya dan tidak mempunyai masa untuk menuntut ilmu atau mendalami agama. Tuntutan agama seperti membaca Al Quran, mempelajari kaedah solat yang betul, pengurusan pentadbiran pejabat mengikut syarak antara bidang yang boleh ditawarkan kepada masyarakat Islam khususnya mereka yang tidak mempunyai masa untuk menghadiri kelas fardu ain atau kelas membaca Al Quran. Atas alasan itu, seorang anak muda , Mohd Amar Mirzan Abd Kadir Jailani, 29 tahun menubuhkan dakwah digital network yang dikenali BeDaie.

Syarikat induk Shopee, Sea Ltd kembang pelaburan, cipta 2,000 pekerjaan di Malaysia
Keputusan itu dimaklumkan kepada Tengku Zafrul semasa lawatan rasminya ke ibu pejabat syarikat itu di Singapura semalam.

Protes | Seorang lagi maut di Peru, angka kematian meningkat 58 orang
Seorang penunjuk perasaan maut manakala puluhan yang lain cedera dalam protes anti kerajaan di seluruh negara Peru, pada Ahad

Perang di Urkaine | Trump dakwa jika masih Presiden, perang tidak akan berlaku
Donald Trump mendakwa sekiranya beliau masih memegang jawatan sebagai Presiden Amerika Syarikat, pencerobohan Rusia ke atas Ukraine tidak akan pernah berlaku.

NATO | Erdogan jangka setuju keahlian Finland, dahului Sweden
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan memberi isyarat Ankara mungkin bersetuju untuk Finland menyertai NATO mendahului Sweden.

Perang Ukraine-Rusia | Ukraine perlu lebih banyak senjata dan pantas
Ukraine memerlukan senjata baharu dan penghantaran lebih pantas untuk menghadapi serangan berterusan oleh tentera Rusia di wilayah timur Donetsk.

Waktu Puncak | LRT laluan Ampang/Sri Petaling Monorel dilanjutkan
Perkhidmatan waktu puncak bagi transit aliran ringan (LRT) laluan Ampang/Sri Petaling dan laluan Monorel Kuala Lumpur akan dilanjutkan bermula hari ini.

Kerani maut, motosikal bertembung treler
Dalam kejadian jam 9.30 pagi, mangsa, Lai Chen Meng, 41, yang tinggal di Tanah Merah maut di lokasi akibat kecederaan parah di bahagian kepala.

PRN: Selangor tidak bubar DUN dalam masa terdekat atau sebelum raya - Amirudin
Kerajaan Negeri Selangor tidak bercadang membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam tempoh terdekat.

Enam tonggak Madani perlu terjemah dalam dasar, bukan hanya bersifat populis - Amirudin
6 tonggak konsep Madani yang digagaskan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu diterjemahkan dalam dasar negara secara menyeluruh dan bukan hanya bersifat populis, kata MB Selangor.

Tanah runtuh Batang Kali: Selangor setuju tambah peruntukan RM21.1 juta baiki cerun
Penambahan peruntukan bagi pembaikan cerun itu adalah hasil cadangan daripada Jabatan Kerja Raya.

Selangor jangka 8,000 tetamu hadir Rumah Terbuka Tahun Baharu Cina
Majlis akan diadakan di Dataran Kemerdekaan Shah Alam pada 28 Januari ini bermula dari 3.30 petang hingga 10.30 malam.

Beri tumpuan pemerkasaan pemimpin setempat dalam hadapi PRN - Amirudin
Amirudin berkata tumpuan kepada usaha pembangunan dan keupayaan pemimpin setempat itu adalah penting bagi menjawab isu-isu rakyat.

Amirudin gesa jentera PH Selangor diaktifkan segera, rangka program hadapi PRN
Semua jentera boleh mula mengadakan perhimpunan untuk merangka program sebelum kerajaan negeri bubarkan DUN Selangor secara rasmi.

PRN: Kerjasama PH-BN bergantung kepada proses dalaman UMNO dalam PAU 2022 - Rafizi
"Saya ingat setakat ini, gambarannya akan ada kerjasama pilihan raya antara PH dan BN masuk dalam PRN enam buah negeri ini."

60,000 unit Rumah Selangorku ditawar menjelang 2025
Insentif Rumah Selangorku 3.0 yang diperkenalkan kerajaan negeri ini dijangka mampu menambah stok Rumah Selangorku dengan sasaran 60,000 unit bakal ditawarkan menjelang 2025.

Selangor tubuh Pusat Prasekolah ANIS, bantu pembelajaran anak istimewa
Kerajaan Selangor menerusi Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) hari ini merasmikan Pusat Prasekolah Anak Istimewa Selangor (ANIS).

Kutipan hasil Selangor disasar cecah RM2 bilion tahun ini - MB
Kerajaan Selangor menyasarkan kutipan hasil negeri itu bagi tahun ini mencecah kira-kira RM2 bilion, kata Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari.