awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cuaca panas: JPS Perak mohon operasi pembenihan awan
Serangan Israel di Gaza ragut 23 nyawa, antara hari paling berdarah sejak gencatan senjata
Washington Post umum pemberhentian satu pertiga tenaga kerja, kurangkan liputan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang masih relevan - Exco

Bernama
Bernama
21/05/2025
08:17 MYT
Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang masih relevan - Exco
Zairil berkata, keputusan untuk meneruskannya bergantung kepada hasil kajian kebolehlaksanaan berdasarkan perjanjian induk bersama kontraktor. - Gambar fail
GEORGE TOWN: Projek Terowong Dasar Laut Pulau Pinang masih relevan dan memberi impak positif kepada rakyat serta pembangunan negeri, kata Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari.
Beliau berkata projek berkenaan juga akan mengurangkan kesesakan di laluan akses ke Jambatan Pertama Pulau Pinang khususnya semasa aliran trafik tinggi bagi kedua-dua arah di jambatan dan sekitarnya dapat dihuraikan ke jajaran projek itu.
"Reka bentuk baharu Projek Terowong Dasar Laut merupakan satu alternatif dan signifikan kepada kesinambungan dan hala tuju Projek Laluan Ketiga Pulau Pinang demi kelangsungan pelaksanaannya.
"Reka bentuk baharu ini merupakan satu cadangan yang mempertimbangkan aspek kecekapan, kebolehlaksanaan, keberkesanan dan impak kepada sosial dan alam sekitar," katanya dalam jawapan bertulis pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang di sini hari ini.
Zairil menjawab pertanyaan Lee Khai Loon (PH-Machang Bubuk) mengenai kewajaran Consortium Zenith Construction (CZC) Sdn Bhd masih diberi masa untuk menghasilkan reka bentuk baharu dan membuat kajian kebolehlaksanaan projek itu.
Beliau berkata kerajaan negeri masih optimis terhadap pelaksanaan projek berkenaan namun keputusan untuk meneruskannya bergantung kepada hasil kajian kebolehlaksanaan berdasarkan perjanjian induk bersama kontraktor.
Pada 26 Feb lepas, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming berkata kajian kebolehlaksanaan projek terowong itu masih di peringkat penelitian dan kerajaan negeri sedang meneliti beberapa perkara antaranya pembesaran pelabuhan North Butterworth Container Terminal (NBCT) yang melibatkan jajaran projek berkenaan.
Projek terowong dasar laut sepanjang 6.5 kilometer menghubungkan Gurney Drive ke Bagan Ajam di tanah besar itu adalah sebahagian daripada Pelan Induk Pengangkutan Pulau Pinang (PTMP).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#projek terowong dasar laut
#pulau pinang
#pembangunan
#Zairil Khir Johari
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan