awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu tadbir urus rumah ibadat perlu ditangani tanpa sentimen kaum, agama - Kementerian
Konvensyen PKR Selangor: ‘Yang tak mahu kerja, keluar’ - Anwar
Astro perkasa kebersamaan menerusi 'Assalamualaikum Terengganu' dengan tema 'Bila Bersama Lagi Jadi'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proklamasi Darurat jadi Warta Kerajaan Persekutuan mulai 11 Januari 2021

Firdaus Azil
Firdaus Azil
13/01/2021
07:38 MYT
Proklamasi Darurat jadi Warta Kerajaan Persekutuan mulai 11 Januari 2021
Perkara itu disahkan mengikut Warta Kerajaan Persekutuan yang dimuatnaik di laman web Jabatan Peguam Negara semalam.
KUALA LUMPUR:Proklamasi Darurat yang diisytiharkan Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah berkuatkuasa mulai 11 Januari lepas, sehingga 1 Ogos ini.
Perkara itu disahkan mengikut Warta Kerajaan Persekutuan yang dimuatnaik di laman web Jabatan Peguam Negara semalam.
“Bahawasanya Beta berpuas hati bahawa suatu darurat besar sedang berlaku yang menyebabkan keselamatan, kehidupan ekonomi, dan ketenteraman awam di dalam Persekutuan adalah diancam berikutan wabak penyakitenteraman awam di dalam Persekutuan adalah diancam berikutan wabak penyakit berjangkit, iaitu Penyakit Koronavirus 2019 (COVID-19).
“Maka yang demikian, Beta, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah, dengan kurnia Allah, Yang di-Pertuan Agong bagi Negeri-negeri dan Wilayah-wilayah Malaysia, pada menjalankan kuasa yang diberikan kepada Beta sebagaimana disebut di atas mengisytiharkan bahawa..
"..suatu darurat besar sedang berlaku, dan bahawa Proklamasi ini hendaklah meliputi seluruh Persekutuan mulai 11 Januari 2021, hingga 10 Ogos, 2021,” menurut warta itu lagi.
Warta itu dikeluarkan berdasarkan peruntukan Fasal (1) Perkara 150 Perlembagaan Persekutuan, di Istana Negara, pada tarikh yang sama.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Perisytiharan Darurat: Bukan rampasan kuasa tentera, tiada perintah berkurung
Selain itu, turut dimuatnaik sebagai Warta Kerajaan Persekutuan ialah:-
1. Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan) 2021 untuk Johor, Melaka, Pulau Pinang, Sabah, Selangor, dan Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, dan Labuan.
2. Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Bersyarat) 2021 untuk Kedah, Kelantan, Negeri Sembilan, Terengganu, dan Pahang.
3. Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Pemulihan) 2021 untuk Perlis dan Sarawak.
Warta Kerajaan Persekutuan untuk negeri-negeri di bawah zon PKP dan PKPP berkuatkuasa mulai 13 Januari, 2021, hingga 26 Januari, 2021, manakala Warta Kerajaan Persekutuan untuk negeri PKPP pula bermula 13 Januari, 2021, hingga 31 Mac, 2021.
Pengisytiharan proklamasi darurat boleh diperkenan YDP Agong
Topic Berkaitan
#Yang di-Pertuan Agong
#Proklamasi Darurat
#PKPP
#PKP
#COVID-19
#koronavirus
#Malaysia
#ekonomi
#Peguam Negara
#keselamatan
#penyakit berjangkit
#kerajaan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan