KUALA LUMPUR: Tindakan mempromosikan nasi kandar dengan hidangan babi merupakan satu bentuk penghinaan kepada industri nasi kandar di Malaysia.
Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia (PRESMA) melahirkan rasa kesal dengan tindakan itu kerana umum mengetahui nasi kandar di Malaysia dipelopori pengusaha restoran Muslim sejak puluhan tahun lalu.
Presidennya, Datuk Jawahar Ali Taib Khan berkata, video itu juga boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai terutama pelanggan dan penggemar nasi kandar.
"PRESMA beranggapan ia akan menimbulkan kekeliruan kepada pelanggan serta penggemar nasi kandar di negara ini sekali gus memberikan gambaran negatif kepada menu kesukaan ramai ini.
"PRESMA ingin menegaskan, hidangan nasi kandar di semua premis milik ahli PRESMA di seluruh negara dijamin halal dan bebas daripada bahan dilarang di dalam Islam," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Dalam masa sama, PRESMA menasihatkan kepada semua pencipta kandungan supaya lebih sensitif dengan hasil kreatif yang dihasilkan.
"Kepada mana-mana pencipta kandungan perlu lebih sensitif dan perlu mengambil kira soal makanan yang selama ini dikaitkan dengan orang Islam," katanya.
Video yang dimuat naik itu sudah mencecah lebih 200,000 tontonan dan lebih 5,000 tanda suka.
Afiezy Azaman
Mon Oct 30 2023
Setakat ini, video yang dimuat naik ini menerima lebih 200,000 tontonan dan lebih 5,000 tanda suka. - Facebook/Sepang Viral
Tiada cadangan tarik balik laporan polis - Naim Daniel
PENYANYI Naim Daniel menyerahkan segala urusan kepada pihak polis selepas individu yang mengugut bunuh ibu bapanya ditahan baru-baru ini.
[TERKINI] Mayat pemancing hilang di Tasik Pedu ditemui
Mayat Ooi Swee Hin berusia,41 tahun, ditemui pada jarak 1 kilometer dari lokasi dilaporkan terjatuh pada jam 8.05 pagi.
Afrika Selatan seru tindakan global hukum Israel
Usaha berterusan Afrika Selatan di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dalam kes genosid terhadap Israel menekankan pendekatan undang-undang antarabangsa yang berterusan ke arah menamatkan krisis kemanusiaan di Gaza.
AWANI Ringkas: Ribuan peserta berarak di ibu kota Kuala Lumpur
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UAE sumbang 100 tan bantuan makanan, perubatan untuk mangsa banjir di Brazil
Dua lagi pesawat dijadual dihantar dalam tempoh dua hari lagi membawa 200 tan bantuan.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Johor kutuk keganasan, ekstremisme
DUN Johor pada Ahad, mengutuk sebarang bentuk keganasan dan ekstremisme ke atas insiden serangan ke atas Balai Polis Ulu Tiram.
Angka korban akibat banjir di Afghanistan cecah 400 orang
Hujan lebat dan banjir di Afghanistan telah menyebabkan sekurang-kurangnya 400 kematian.
Sarang lebah kurang di Semenanjung, racun perosak antara punca kepupusan
Lebah kini berada dalam senarai spesies terancam dan dianggarkan tahap kemusnahan serangga itu telah meningkat 42 peratus.
Negara perlu 84 balai bomba baharu - KPKT
Pembinaan 84 balai bomba baharu itu juga akan seiring dengan jumlah pegawai dan anggota yang berkhidmat di kemudahan itu.
Afrika Selatan menguatkan seruan global untuk tindakan undang-undang dalam krisis Gaza
Usaha terbaharu itu merupakan tindakan penting yang diambil negaranya dalam menyokong hak dan kenegaraan Palestin.
Lelaki pecah rekod baharu makan nasi kandar RM222
Lelaki tersebut mengambil 16 ekor sotong, 10 ekor udang, dua ketul ayam, dan lauk sampingan lain seperti kambing, telur sotong serta bendi.
Promosi nasi kandar babi umpama hina industri - PRESMA
Jawahar Ali berkata, video itu juga boleh menimbulkan kekeliruan orang ramai terutama pelanggan dan penggemar nasi kandar.
Lelaki mengamuk ditegur ambil lauk guna jari
Salah seorang suspek turut menggunakan penyepit makanan besi untuk memukul pekerja (mangsa) pada bahagian kepala dan badan.
Restoran nasi kandar meriah, lokasi pilihan bersahur di Pulau Pinang
Suasana awal pagi begitu meriah apabila ramai yang memilih untuk bersahur di restoran pada malam pertama Ramadan.
Restoran nasi kandar diberi 2 hari jelaskan isu harga sotong mahal
KPDNHEP berkata, tempoh dua hari diberikan kepada pemilik restoran itu untuk berbuat demikian sebelum sebarang tindakan lanjut diambil.
Selepas 'siakap' Langkawi, 'sotong' di Pulau Pinang pula didakwa 'harga kayangan'
Pelanggan terbabit mengingatkan orang ramai agar lebih berhati-hati sekiranya ingin menikmati nasi kandar di negeri tersebut kerana menyifatkan harga yang dikenakan agak mahal.
Restoran nasi kandar kurang pekerja tahap 'tenat'
Masalah kekurangan pekerja di restoran mamak bukan saja sudah mencapai tahap tenat, malah ada yang hanya menunggu masa untuk menutup premis.
Restoran nasi kandar: 'Apa beza dan apa hinanya sektor restoran mamak ni? - Presma
Menurut Presiden Persatuan Pengusaha Restoran Muslim, Datuk Jawahar Ali Taib Khan, pihaknya sudah berusaha menawarkan kerja kepada warga tempatan namun tidak mendapat sambutan.
Industri nasi kandar Pulau Pinang terancam!
Perniagaan hampir 200 pengusaha restoran nasi kandar di Pulau Pinang berdepan masalah untuk terus bertahan berikutan kehilangan hampir separuh pekerja khususnya perkerja warga asing.
Restoran nasi kandar di Pulau Pinang diserbu pelancong
Pengunjung dari luar Pulau Pinang sanggup beratur panjang semata-mata untuk menikmati keenakan nasi kandar yang sinonim dengan negeri itu.