awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Apabila lukisan bernyanyi: M Nasir dan Resonans Muzikal dalam Seni Visual di Galeri PETRONAS
4,433 saman dikeluarkan sempena Op Krismas, Op Ambang Tahun Baru - Ketua Polis Johor
Titah Adendum: Jika mahu tahanan di rumah, bawalah ke Parlimen - Penganalisis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Promoter rugi RM29,700 tertipu pinjaman tidak wujud

Sinar Harian
Sinar Harian
23/09/2021
23:30 MYT
Promoter rugi RM29,700 tertipu pinjaman tidak wujud
Wanita berusia 28 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Setapak pada Rabu. -Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang promoter wanita kerugian sebanyak RM29,700 akibat terpedaya dengan penipuan pinjaman tidak wujud.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Asisten Komisioner Mohd Mahidisham Ishak berkata, wanita berusia 28 tahun itu membuat laporan di Balai Polis Setapak pada Rabu.
Menurutnya, mangsa melayari internet pada 15 September lalu untuk membuat pinjaman peribadi sebelum dihubungi oleh seorang individu melalui WhatsApp dan memperkenalkan diri daripada syarikat peminjam wang.
"Mangsa telah memberikan salinan gambar kad pengenalan, penyata bank dan slip gaji untuk membuat pinjaman sebanyak RM5,000.
"Kemudian, dia diminta membuat beberapa bayaran yang dikatakan untuk proses pinjaman di antara 16 September sehingga Ahad," katanya.
Bagaimanapun Mohd Mahidisham memberitahu, mangsa telah membuat 13 transaksi secara berperingkat ke lapan akaun berbeza berjumlah RM29,700 sebelum menyedari dia ditipu kerana wang pinjaman yang dijanjikan tidak diperoleh.
"Siasatan awal ke atas akaun yang digunakan mendapati akaun tersebut terlibat dengan beberapa kes jenayah komersial.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan (Tipu)," katanya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#promoter wanita
#penipuan pinjaman tidak wujud
#Mohd Mahidisham Ishak
#syarikat peminjam wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan