PUTRAJAYA: Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia memutuskan bermula awal tahun depan, prosedur permohonan dan pembaharuan sijil halal akan dipermudahkan dengan tempoh kelulusan sijil atau maklum balas dipendekkan kepada 23 hari bekerja.
Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata keputusan itu dibuat selepas menerima banyak aduan bahawa kelulusan dan pengeluaran sijil halal dibuat dalam tempoh yang terlalu panjang sehingga memakan masa antara sembilan bulan hingga dua tahun.
Dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia di sini hari ini berkata, Ahmad Zahid berkata Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) dan Halal Development Corporation (HDC) akan bekerjasama rapat untuk memastikan perkara itu dapat dilaksanakan.
Beliau berkata antara faktor yang menyebabkan tempoh permohonan sijil halal mengambil masa yang lama adalah disebabkan kekangan yang dihadapi oleh pemohon terutamanya daripada Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) dalam memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan Bahagian Persijilan Halal Jakim.
"Terdapat permasalahan permohonan yang dikemukakan oleh PMKS, mungkin syarat-syarat tidak dapat dipenuhi terutama dari segi pengubahsuaian atau naik taraf premis bagi tempat-tempat pengeluaran produk, mungkin agak mahal tetapi kita akan lakukan penyelarasan permasalahan yang dihadapi itu," katanya.
Sebagai permulaan kepada pelaksanaan keputusan itu, Ahmad Zahid berkata HDC serta pihak berkaitan akan melaksanakan proses permohonan baharu sijil halal menerusi pembuktian konsep (POC) membabitkan lima premis perhotelan sekitar Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan bagi melihat kelancaran proses berkenaan.
"Buat POC dalam dua bulan, selepas dua bulan kami akan mulakan 23 hari bekerja sebagai penanda aras baharu untuk pensijilan halal dikeluarkan," katanya.
Ahmad Zahid berkata mesyuarat itu juga bersetuju untuk memperkasakan diplomasi halal dengan kerjasama Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) bagi mempromosikan produk dan perkhidmatan halal tempatan ke luar negara.
"Kita harus keluar daripada kepompong pasaran domestik produk-produk halal, maka Kementerian Luar dan MITI telah merencanakan supaya diplomasi halal dapat dilakukan secara bersama di dalam lawatan rasmi dan lawatan kerja kedua-dua kementerian dengan perdana menteri dan lain-lain menteri yang terlibat dalam keluaran produk atau perkhidmatan halal.
Kita ada sekurang-kurangnya tiga perjanjian di peringkat antarabangsa yang ada elemen halal di dalamnya dan kita akan proaktif semua agensi terlibat terutamanya Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE), HDC dan Jakim untuk melaksanakan diplomasi halal ini," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Oct 03 2023
Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi (kanan) ketika sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Pembangunan Industri Halal Malaysia. - Foto BERNAMA
Dipaksa bersalin normal, kepala bayi songsang terputus
Bahagian kemaluannya juga terkoyak teruk dan dijahit sebarangan oleh staf Rumah Sakit Banjarmasin.
AWANI Ringkas: Tangani isu ketidaksamaan & marginalisasi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Pagi: Twincity Marathon rai golongan kelainan upaya (OKU)
Perbezaan fizikal tidak melunturkan semangat golongan kelainan upaya (OKU) untuk menyertai acara larian Twincity Marathon anjuran Ten Senses di Cyberjaya pada Ahad.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Menurut Ketua Penasihat Ten Senses Sdn Bhd, Datuk Najib Ibrahim, komuniti itu juga merupakan sebahagian dari masyarakat dan semangat mereka boleh dijadikan teladan kepada masyarakat.
Kanak-kanak Malaysia tidak cukup belajar di sekolah - Laporan Bank Dunia
Hanya 58 peratus pelajar di Malaysia didapati mahir membaca menjelang akhir Darjah 5.
Protes di universiti AS tidak tunjuk tanda perlahan
Dalam dua minggu lalu, protes pro-Palestin telah merebak ke kampus kolej utama di seluruh AS.
37 juta tan serpihan runtuhan di Gaza - UNMAS
Terdapat juga sejumlah besar senjata api yang tidak meletup tertimbus di dalam runtuhan yang menimbulkan risiko kepada kerja pembersihan.
Legenda EPL puji padang SNBJ
Pemain Manchester Reds dan Liverpool Reds memuji keadaan rumput yang cantik dan bersedia untuk kembali beraksi pada masa akan datang.
Mesyuarat Khas WEF: Dunia saling tidak percaya akibat kebergantungan dipersenjatakan - Naib Presiden Suruhanjaya Eropah
Fenomena hilang kepercayaan yang melanda komuniti antarabangsa ketika ini adalah akibat kebergantungan yang dipersenjatakan oleh beberapa pihak.
Che'gu Bard tiba di mahkamah bagi hadapi pertuduhan kes fitnah, hasut
Badrul Hisham, yang memakai baju Melayu berwarna hijau, dibawa oleh pihak polis ke mahkamah dalam keadaan bergari.
WCK sambung misi bantuan di Gaza
Operasi itu disambung sebulan selepas tujuh pekerja badan amal itu terbunuh dalam serangan udara Israel.
Prosedur permohonan sijil halal dipermudah, dipendekkan ke 23 hari bekerja
Bermula awal tahun depan, prosedur permohonan dan pembaharuan sijil halal akan dipermudahkan dengan tempoh kelulusan sijil atau maklum balas dipendekkan kepada 23 hari bekerja.