KOTA KINABALU: Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) masih belum menerima senarai calon yang bagi menjawat jawatan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Menterinya, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, proses awal pemilihan jawatan itu telah dimulakan dan sebelum diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bagi tindakan lanjut.
"Sekarang ini saya belum lagi menerima calon-calon tersebut siapa yang dipertimbangkan untuk dipilih sebab kita mengambil prinsip telus.
"Kita memang ada panel tetap yang membuat pemilihan yang dipengerusikan oleh Tan Sri Zalina Anuar," katanya ketika ditemui media selepas menyempurnakan Majlis Penyerahan Peranti Siswa di Kolej Kediaman Tun Fuad, UMS pada Selasa.
Dalam pada itu, Noraini berkata, adalah menjadi keutamaan bahawa proses keseluruhan bagi pemilihan itu perlu dilaksanakan secara telus.
"Kita dalam memilih calon-calon Naib Canselor ini dia ada proses tertentu, iaitu bermula jawatankuasa tertinggi tetap pemilihan NC akan bermesyuarat dan dia akan panggil calon-calon tersebut.
"Saya rasa yang ini telah dilaksanakan dan kemudian akan diserahkan kepada JPT untuk penilaian." jelasnya.
Pemilihan itu dilakukan susulan perkhidmatan Profesor Datuk Dr. Taufiq Yap Yun Hin telah tamat tempoh pada Julai lalu.
Mirlen Axtius
Tue Sep 13 2022
Datuk Seri Noraini Ahmad berkata, proses awal pemilihan jawatan itu telah dimulakan dan sebelum diserahkan kepada Jabatan Pendidikan Tinggi (JPT) bagi tindakan lanjut.
Mangsa banjir kekal 47 orang di dua negeri
Jumlah mangsa banjir kekal kepada 47 orang sahaja setakat 6 pagi, Ahad.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Menurut Info Bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), 2 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) masih dibuka melibatkan 2 negeri.
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
UMS hargai peruntukan RM3 juta atasi masalah air - Naib Canselor
Masalah air di UMS sejak beberapa bulan ini membelenggu kesejahteraan hidup warga kampus.
Proses awal pemilihan jawatan Naib Canselor UMS sedang berjalan - Noraini
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) masih belum menerima senarai calon yang bagi menjawat jawatan Naib Canselor Universiti Malaysia Sabah (UMS).
Laman sesawang UMS kini berwajah baharu
Pembaharuan itu lebih mesra pengguna dan akan memudahkan urusan perkongsian maklumat antara warga kampus.