awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses bedah siasat jenazah pendaki rakyat Malaysia selesai

Bernama
Bernama
05/06/2024
14:07 MYT
Proses bedah siasat jenazah pendaki rakyat Malaysia selesai
Kelab berkenaan memaklumkan Zulkifli meninggal dunia pada 6 pagi, 29 Mei (waktu tempatan), semasa berlindung di gua salji yang dikenali sebagai Football field. - Gambar fail/Kelab Jelajah Alpine Malaysia
KUALA LUMPUR: Proses bedah siasat jenazah pendaki Zulkifli Yusuf telah selesai dijalankan pada Isnin (waktu tempatan) dan kini jenazah ditempatkan di rumah mayat untuk proses membawa pulang ke Malaysia.
Perkara itu dimaklumkan Kelab Jelajah Alpine Malaysia dalam hantaran menerusi Facebook hari ini.
Kelab itu memaklumkan proses membawa pulang jenazah akan dilakukan dengan kerjasama pihak syarikat insurans, ejen pengurusan jenazah, pihak Konsulat Jeneral Malaysia di Los Angeles, Amerika Syarikat (AS) dan wakil Kelab Jelajah Alpine.
"Setakat ini kami belum menerima sebarang butiran berkenaan jadual penerbangan yang akan membawa pulang jenazah Allahyarham.
"Sebelum dibawa pulang, jenazah akan dimandi dan dikafankan dengan kerjasama Islamic Community Center of Anchorage di Alaska," menurut hantaran itu.
Hantaran berkenaan turut memaklumkan pendaki Muhammad Illaham Ishak masih di hospital di Anchorage untuk rawatan kerana mengalami luka beku manakala seorang lagi pendaki Zainudin Lot dibenarkan keluar dari hospital dan kini membantu proses membawa pulang jenazah Zulkifli.
"Kami akan maklumkan butiran penerbangan yang membawa jenazah Allahyarham Zulkifli Yusof setelah mendapat ketetapan daripada pihak berkenaan," menurut hantaran itu.
Kelab Jelajah Alpine Malaysia pada 1 Jun lepas memaklumkan seorang daripada tiga pendaki rakyat Malaysia yang terkandas pada ketinggian 19,700 kaki di Gunung Denali di Alaska, AS sejak 28 Mei ketika membuat pendakian di gunung tertinggi di Amerika Utara itu dilaporkan meninggal dunia.
Kelab berkenaan memaklumkan Zulkifli meninggal dunia pada 6 pagi, 29 Mei (waktu tempatan), semasa berlindung di gua salji yang dikenali sebagai Football field.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Kelab Jelajah Alpine Malaysia
#Gunung Denali
#meninggal dunia
#rumah mayat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan