awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proses ketum: Polis tunggu laporan patologi

Bernama
Bernama
16/01/2024
07:37 MYT
Proses ketum: Polis tunggu laporan patologi
Allaudeen (foto) berkata laporan patologi itu mungkin mengambil masa dua hingga tiga minggu. -Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis menunggu laporan patologi sebelum meneruskan pendakwaan terhadap empat anggotanya yang ditahan selepas disyaki terlibat kegiatan memproses dan mengedar ketum pada 4 Jan lepas.
Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata laporan patologi itu mungkin mengambil masa dua hingga tiga minggu.
"Kita tunggu laporan patologi untuk tentukan sama ada boleh teruskan untuk proses pendakwaan. Dari segi tatatertib, kita sudah ambil tindakan sebelum ini iaitu tahan kerja empat anggota terbabit," katanya.
Beliau berkata demikian selepas menghadiri program 'Back to School' di Sekolah Kebangsaan Lelaki Batu di Jalan Raja Laut di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan tujuh individu termasuk enam anggota polis ditahan kerana disyaki terbabit kegiatan memproses dan mengedar air ketum di sebuah rumah di Brickfields.
Bagaimanapun, dua daripada enam anggota terbabit dibebaskan dan telah diambil keterangan bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 30 (3) Akta Racun 1952.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#laporan patologi
#empat anggota polis ditahan
#proses dan edar ketum
#Allaudeen Abdul Majid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan