Skip to main content

Malaysia

Prosiding Ismail Sabri dijangka berlangsung di IJN - Peguam

KUALA LUMPUR, 6 Ogos (Bernama) -- Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob akan didakwa esok di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Bera itu akan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin pada 9 pagi.
Ismail Sabri dijangka didakwa di bawah Akta SPRM berhubung pengisytiharan harta. - Gambar fail/BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dimasukkan ke Institut Jantung Negara (IJN) pagi ini, pada hari sama beliau dijadual menghadiri prosiding di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Peguamnya, Ragunath Kesavan, mengesahkan perkara itu ketika dihubungi.

Sementara itu, sumber dari Jabatan Peguam Negara (AGC) pula memaklumkan pasukan pendakwaan akan hadir ke mahkamah di sini terlebih dahulu sebelum berkemungkinan menuju ke IJN.

Ismail Sabri dijangka didakwa di bawah Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 berhubung pengisytiharan harta.

Berdasarkan semakan sistem mahkamah, pertuduhan terhadap Ahli Parlimen Bera itu akan dibacakan di hadapan Hakim Suzana Hussin pada jam 9 pagi.

Sebelum ini, beliau beberapa kali dipanggil SPRM untuk sesi rakaman percakapan berkaitan pengisytiharan harta.

SPRM turut merampas wang tunai berjumlah RM170 juta dalam pelbagai mata wang asing serta menyita 16 kilogram jongkong emas bernilai kira-kira RM7 juta, hasil siasatan kes rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan beliau.

Rampasan itu dilakukan ketika penggeledahan di kediaman dan pejabat yang dipercayai dijadikan ‘rumah selamat’, susulan penahanan empat pegawai kanan Ismail Sabri pada Februari 2025.
 

Must Watch Video

Advertisement