awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemangku Presiden Venezuela lantik menteri pelancongan baharu
Lawatan Modi serlah usaha strategik India ke Asia Tenggara
WHO mohon AS$1 bilion tangani krisis kesihatan global pada 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prosiding RCI Batu Puteh: Tun M enggan ulas, bakal adakan sidang media petang ini

Faida Rahim
Faida Rahim
12/06/2024
05:10 MYT
Prosiding RCI Batu Puteh: Tun M enggan ulas, bakal adakan sidang media petang ini
Dr Mahathir (tengah) ketika hadir untuk memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan. -Bernama
PUTRAJAYA: Selepas hampir dua jam memberi keterangan kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad enggan mengulas mengenai prosiding dihadirinya.
Dr Mahathir ketika ditemui media di pekarangan bangunan Hal Ehwal Undang-Undang Jabatan Perdana Menteri (JPM) memaklumkan, beliau akan mengadakan sidang media di pejabatnya di Yayasan Kepimpinan Perdana pada jam 3 petang ini.
Pada masa sama, beliau tidak mahu mengulas berhubung prosiding terbabit kerana ia dibuat secara tertutup.
“Ini adalah meeting (prosiding) tertutup, saya tak boleh kata apa, tetapi saya akan berjumpa media berkenaan dengan pemikiran which is not a secret,” kata beliau.
Tun M selesai RCI Batu Puteh, jumpa media pukul 3 petang Rabu
Terdahulu, Dr Mahathir yang tiba di Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) pada jam 10.46 tadi disambut beberapa penyokong dan bekas Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya.
Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonan Dr Mahathir untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi perintah supaya prosiding Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Bagi Mengkaji Pengendalian Perkara Berkaitan Kes Kedaulatan Batu Puteh, Batuan Tengah dan Tubir Selatan, dijalankan secara terbuka.
Hakim, Datuk Amarjeet Singh juga menolak permohonan sama yang dikemukakan Dr Mahathir bagi perintah melarang Tun Md Raus Sharif daripada bertindak sebagai Pengerusi RCI dan menghalang Datuk Dr Baljit Singh Sidhu dan Datuk Mohammed Ridha Abd Kadir daripada menjadi ahli RCI.
Datuk Amarjeet turut menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman bekas Perdana Menteri itu untuk menangguhkan prosiding RCI sehingga penyelesaian akhir permohonan berkenaan.
Bagaimanapun, mahkamah membenarkan permohonan Dr Mahathir supaya dibenarkan memulakan prosiding semakan kehakiman bagi perintah memaksa RCI membenarkan beliau dan peguamnya hadir sepanjang prosiding berkenaan.
Topic Berkaitan
#RCI Batu Puteh
#Mahathir Mohamad
#Batuan Tengah
#Tubir Selatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan