Pengesahan penarafan Moody's Investor Service terhadap prospek Petronas daripada stabil kepada negatif semalam bukanlah satu penurunan, kata Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan, Tony Pua.
Menyifatkannya sebagai tidak bernasib baik, beliau berkata, ia bukan penurunan tetapi hanya prospek negatif.
"Kenyataan oleh agensi penarafan kredit tersebut ialah jika kerajaan terus mengambil wang seperti itu (pembayaran dividen khas satu kali) daripada Petronas (tahun demi tahun), maka penarafannya akan diturunkan.
"Mereka (Moody's) bimbang ia akan menjadi lebih daripada satu kali. Di dalam kedudukan kerajaan, ini adalah satu kali," katanya pada ucapan pasca Belanjawan 2019, "MenjalankanPerniagaan Dalam Malaysia Baru" di sini, hari ini.
Menurut Pua, Petronas mampu membayar dividen khas satu kali sebanyak RM30 bilion pada 2019 kerana rizab tunainya lebih daripada mencukupi.
"Rizab tunai tersebut tidak akan menjejaskan keupayaan Petronas untuk melabur dalam perbelanjaan modal pada masa depan," katanya.
"Mereka juga melihat bahawa kita mempunyai rancangan untuk memperbaiki defisit kepada 2.8 peratus pada 2021. Mereka menyatakan bahawa jika kita dapat mengikuti pelaksanaan penyatuan fiskal, dengan ketelusan yang lebih baik, kita akan berada dalam keadaan baik," katanya.
BACA: Zahid kecewa rizab Petronas diguna tampung defisit Belanjawan 2019
Semalam, Moody's berkata, keputusan untuk mengubah prospek Petronas kepada negatif mencerminkan pandangannya bahawa profil kewangan syarikat tersebut mungkin merosot jika kerajaan terus meminta syarikat minyak negara itu untuk membuat pembayaran dividen yang tinggi, terutama jika harga minyak menurun.
Menurutnya, walaupun Petronas dapat menyokong pembayaran dividen yang diumumkan dalam belanjawan dan masih mengekalkan kedudukan tunai bersih, peningkatan selanjutnya dalam pembayaran dividen tidak boleh diketepikan.
Sementara itu, Pua berkata, platform pendanaan awam rakan sebaya (P2P), FundMyHome, bukanlah satu monopoli dan terbuka kepada pihak lain yang boleh menyediakan jenis platform yang sama.
Beliau berkata, terdapat salah faham mengenai portal FundMyHome yang dilancarkan baru-baru ini oleh pengendali portal hartanah yang berpangkalan di Malaysia, The Edge Property Sdn Bhd, dengan beberapa pihak mendakwa bahawa ia adalah satu monopoli.
"Seperti yang diumumkan menteri kewangan (Lim Guan Eng) dalam Belanjawan 2019, Suruhanjaya Sekuriti (SC) akan mengawal selia dan mengeluarkan lesen bagi platform pertukaran hartanah (platform pendanaan awam hartanah).
"FundMyHome hanyalah satu daripadanya, tetapi kita terbuka kepada pihak lain yang membentuk platform yang sama untuk menjadikan kemudahan ini tersedia kepada orang ramai, selagi mereka mematuhi peraturan SC," katanya.
Beliau berkata, pelancaran FundMyHome dibuat dua hari selepas pengumuman belanjawan bagi memberi publisiti kepada mekanisme tersebut.
"Pertimbangan utama adalah untuk dapat mewujudkan peraturan, melindungi pembeli rumah dan melindungi pelabur," tambah Pua.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 09 2018
TONY: Mereka (Moody's) bimbang ia akan menjadi lebih daripada satu kali.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam
Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar
Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda
Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
DAP umum calon pada Rabu
DAP senarai pendek 10 calon PRK DUN Kuala Kubu Baharu, nama terpilih diumum esok.
Suspek dituduh di Mahkamah Kota Bharu pada Rabu
Suspek lelaki yang terlibat kes tembak di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Terminal 1, pada 14 April lepas, akan dituduh di Mahkamah Kota Bharu Kelantan pada Rabu.
Faktor mekanikal, angin lintang, kecuaian penyebab lazim -Pakar
Pakar tidak menafikan tiga faktor utama berkemungkinan menjadi punca kepada nahas udara melibatkan dua buah helikopter yang terbabit dalam latihan lintas hormat di Lumut, Perak pada pagi Selasa.
Pakar Aeronautik, Dr Mohd Shariff Ammoo berpandangan tiga faktor utama itu iaitu faktor mekanikal, cuaca -seperti kejadian angin lintang serta kecuaian pengendalian lazimnya menjadi punca kepada kemalangan melibatkan sesebuah helikopter.
Ujarnya lagi, perkara itu pastinya akan disiasat secara terperinci dalam melengkapkan laporan penuh Lembaga Penyiasatan berhubung kemalangan yang meragut nyawa 10 itu.
Pakar Aeronautik, Dr Mohd Shariff Ammoo berpandangan tiga faktor utama itu iaitu faktor mekanikal, cuaca -seperti kejadian angin lintang serta kecuaian pengendalian lazimnya menjadi punca kepada kemalangan melibatkan sesebuah helikopter.
Ujarnya lagi, perkara itu pastinya akan disiasat secara terperinci dalam melengkapkan laporan penuh Lembaga Penyiasatan berhubung kemalangan yang meragut nyawa 10 itu.
Baju raya terakhir ibu jadi kenangan buat anak kembar
Pasangan kembar, Nur Qistina Awliyah dan Nur Qistina Auni Mohd Azinor tidak pernah menyangka kehilangan ibu pada usia 16 tahun.
Bedah siasat 10 mangsa dijangka selesai tengah hari Rabu
Proses bedah siasat ke atas 10 mangsa tragedi dua helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut yang dijalankan di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) di Ipoh dijangka siap pada tengah hari Rabu.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 23 April 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
KDNK China meningkat 5.3 peratus pada suku pertama 2024
Ekonomi China berkembang lebih kukuh daripada jangkaan pada awal tahun ini, sebahagian besarnya disebabkan oleh aktiviti kilang yang teguh.
Projek berkaitan ECRL dijangka tingkat aktiviti sosioekonomi dalam pelbagai sektor - MIDA
MIDA berkata ECRL menawarkan banyak peluang kepada syarikat tempatan dan menjadi satu kerugian besar sekiranya ia tidak dimanfaatkan.
Masyarakat India perlu bersatu padu, perkukuh sektor ekonomi - Ramanan
Masyarakat India perlu memperkasa dan memperkukuh diri dalam bidang ekonomi khususnya peniaga dan usahawan kecil dan sederhana.
AHTV akan beri impak ekonomi di Bidor - Saarani
Projek pembangunan Lembah Teknologi Tinggi Automotif (AHTV) di Tanjong Malim yang bernilai RM32 bilion akan memberi impak positif pada harga dan pembangunan hartanah di Batang Padang dan Bidor.
PM Anwar yakin rakyat mampu realisasi potensi pembangunan ekonomi negara
Anwar berkata Kerajaan Madani komited untuk membina masa depan negara yang baharu, berteknologi tinggi dan berinovasi.
Malaysia, Pakistan setuju perhebat hubungan perdagangan, pelaburan - PM
Anwar berkata perkara itu dinyatakan oleh rakan sejawatannya dari Pakistan, Shehbaz Sharif yang menghubungi beliau menerusi panggilan telefon.
Thailand jangka terima lebih 10 juta pelancong ASEAN tahun ini
Thailand menjangkakan ketibaan pelawat dari ASEAN melepasi 10 juta tahun ini manakala jumlah pelancong India diramalkan mencecah 1.7 juta.
CIMB kekalkan unjuran KDNK Malaysia pada 4.9 peratus untuk 2024
Petunjuk awal aktiviti ekonomi yang bertambah baik disokong oleh kenaikan semula dalam volum eksport dalam dua bulan pertama tahun ini.
[KOLUMNIS] Pembaziran makanan ketika Ramadan: Impak ekonomi dan langkah bersama
Sisa makanan yang terjana dalam tempoh setahun melebihi jumlah hasil tanaman padi di Malaysia yang dianggarkan sebanyak 2,650,000 tan setahun.
PM Anwar, delegasi negara lawat Siemens Energy di Jerman
Lawatan itu merupakan agenda kedua Perdana Menteri pada selepas Mesyuarat Pre-Council pada sebelah pagi.