awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kesesakan lalu lintas menyebabkan Hanoi rugi AS$1.2 bilion setahun
Pembunuh bersiri Britain mengaku bunuh remaja pada 1999 sebelum bunuh lima wanita pada 2006
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

ProtectHealth agih 20,423,220 dos vaksin untuk PICK

Bernama
Bernama
01/10/2021
13:49 MYT
ProtectHealth agih 20,423,220 dos vaksin untuk PICK
ProtectHealth percaya kejayaan pelaksanaan program itu dapat dicapai dengan penglibatan semua pihak dan kemudahan yang cukup untuk memperluaskan program vaksinasi dan menjangkau lebih ramai orang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sehingga 29 Sept, ProtectHealth Corporation Sdn Bhd (ProtectHealth) telah mengagihkan sebanyak 20,423,220 dos vaksin atau 47 peratus daripada keseluruhan pemberian vaksin di bawah Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) di seluruh negara.
Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth Datuk Dr Anas Alam Faizli berkata usaha itu berjaya dicapai dengan pembabitan pengamal perubatan swasta (PPS) dan badan bukan kerajaan (NGO) dalam melaksanakan program outreach vaksinasi di seluruh negara.
Beliau berkata ProtectHealth percaya kejayaan pelaksanaan program itu hanya dapat dicapai dengan penglibatan semua pihak dan kemudahan yang cukup untuk memperluaskan program vaksinasi dan menjangkau lebih ramai orang.
Anas berkata demikian dalam program, PICK - Critical Contribution of Public-Private Partnership, anjuran Dewan Perniagaan British Malaysia melalui Zoom, baru-baru ini.
Memandangkan pengalaman dan keupayaan ProtectHealth yang luas dalam melaksanakan peranan pembelian strategik, syarikat itu dilantik oleh Kementerian Kesihatan (KKM) sebagai pelaksana pembabitan PPS dan NGO dalam PICK pada 8 Mac.
Anas berkata ProtectHealth juga bertanggungjawab untuk memantau aktiviti vaksinasi yang dilakukan oleh PPS dan NGO; melakukan audit rawak dan menyiasat anomali; menyediakan latihan dan manual berterusan termasuk mengenai pengurusan vaksin dan PPV kepada PPS dan NGO.
Sehingga kini lebih 2,000 PPV membabitkan PPS dan NGO diselia di bawah ProtectHealth telah beroperasi di seluruh negara.
Mengenai peranan ProtectHealth dalam program imunisasi remaja, beliau berkata syarikat itu telah menyumbang 30 peratus daripada jumlah vaksin yang diberikan kepada kumpulan itu.
"Jumlah itu akan meningkat apabila kami melancarkan program outreach di sekolah," katanya.
ProtectHealth syarikat tidak berasaskan keuntungan dan hanya berperanan menyelaras, mentadbir serta menguruskan inisiatif berkaitan pembiayaan perkhidmatan kesihatan seperti yang dimandatkan KKM.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ProtectHealth
#PICK
#vaksinasi
#Dr Anas Alam Faizli
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan